Pesakit COVID-19 Beratur Panjang, Buat Hati Rasa Bimbang

1 min read

Satu video yang beredar di media sosial sejak pagi semalam menunjukkan ratusan individu beratur panjang di tepi jalan menghala Stadium Malawati di Seksyen 13, Shah Alam dengan membawa beg pakaian dan sebagainya.

Ini seolah-olah menunjukkan mereka akan di tahan dan dirawat di situ.

Mengedarkan video tanpa memberikan penjelasan lanjut mungkin akan menambah kebimbangan di kalangan rakyat, dan penduduk berdekatan.

Sebagai penjelasan Stadium Malawati hanyalah sebuah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan bukan pusat penahanan dan rawatan ke atas pesakit Covid-19 seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.

Di situ, mereka dinilai dan disaring sebelum dihantar ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang.

Malah ada juga yang disuruh pulang untuk dikuarantin di rumah sahaja.

Leave a Reply

Previous Story

Welcome To Latest Malaysia

Next Story

Ahli Parlimen Umno Tolak Keluar Kerajaan

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights