KUALA LUMPUR – PKR sedang meneliti gesaan untuk menyiasat sembilan ahli parlimennya secara tatatertib selepas mereka mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu badan kehakiman. Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata, parti juga mempertimbangkan cadangan untuk menggantung keahlian mereka sementara menunggu keputusan. Laporan rasmi akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam dua minggu lagi. “Kami akan kaji mengikut kod tata etika parti,” katanya. Sebelum ini, Rafizi Ramli bersama lapan ahli parlimen lain mengadakan sidang media menuntut RCI. Gesaan siasatan turut disuarakan oleh Ketua Cabang PKR Johor dan Kedah.
Ahli Parlimen
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

