All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Rafizi Ramli

PAS-UMNO: Rafizi cabar PAS jelaskan perubahan pendirian terhadap Zahid

rafizi cabar, Melaka Voter Backlash, transkrip, relentless critique, Zahir Hassan Defends Friendship With Rafizi: “I Won’t Avoid Him” calon prn melaka, Cabaran Bersama, e-invoice

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Zulkifli Ismail supaya menjelaskan secara terbuka perubahan pendirian parti itu terhadap 47 pertuduhan rasuah yang pernah dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rafizi berkata, kenyataan Zulkifli bahawa PAS berusaha memastikan kerjasama dengan UMNO kali ini berkekalan selama-lamanya menimbulkan persoalan mengenai kritikan keras parti itu terhadap Zahid sebelum ini.

Beliau berkata, kerjasama PAS dan UMNO pada masa lalu tidak pernah bertahan melebihi tiga tahun sebelum kedua-dua parti kembali bertelagah.

Menurutnya, UMNO dan PAS pernah saling menuduh antara satu sama lain sebagai punca perpecahan orang Melayu, selain perbezaan pendirian mengenai amalan Islam dan kepimpinan politik.

Rafizi turut mengingatkan bahawa ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan, PAS menjadikan 47 pertuduhan rasuah terhadap Zahid sebagai alasan utama untuk menolak UMNO.

PAS-UMNO: Rafizi cabar PAS

Beliau membandingkan kritikan PAS terhadap Zahid dengan pendirian parti itu terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sabitan kesalahan dalam skandal 1MDB.

Rafizi kemudian memetik kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 13 September dan 24 Oktober 2023 berhubung isu pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Zahid.

Beliau berkata, Zulkifli perlu menjelaskan sebab PAS kini bersedia bekerjasama dengan UMNO walaupun sebelum ini isu 47 pertuduhan berkenaan sering dijadikan penghalang utama.

Rafizi berkata penjelasan itu wajar diberikan kepada rakyat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri Melaka.

#latestmalaysia

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Verified by MonsterInsights