Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
Ringgit Hampir Cecah Paras Tertinggi Dengan USD
Pada awal dagangan, ringgit berada sekitar 4.02 berbanding dolar AS, paras yang kali terakhir dicatat pada Januari 2021. Pada jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0285/0440 berbanding penutupan semalam 4.0370/0415.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata keputusan MPC menambah keyakinan terhadap kestabilan dasar, sekali gus menyokong mata wang tempatan. Sentimen turut dipengaruhi oleh kelemahan dolar AS, inflasi PCE yang stabil, serta harga emas yang terus mencatat rekod baharu.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


