Menyampaikan mesej semasa Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia Sesi ke-150, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia ingin mengetengahkan kesan negatif tembakau terhadap NCD.
“Kami, seperti beberapa negara WPRO yang lain, berharap untuk meluluskan undang-undang pada tahun ini yang akan membawa permainan akhir generasi kepada merokok.
“Penjualan tembakau dan produk rokok lain akan diharamkan kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005. Malaysia merasakan ini akan memberi kesan yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD,” katanya dalam ucapan disampaikan di Geneva pada 26 Januari 2022.
Ini mengesahkan laporan awal bahawa rokok dan produk lain yang berkaitan akan diharamkan di Malaysia bagi mereka yang lahir selepas 2005.
Awal bulan ini, terdapat beberapa laporan media mengatakan kerajaan bercadang untuk mengharamkan sepenuhnya merokok untuk generasi akan datang.
Khairy juga dikatakan telah berkongsi rancangannya untuk masa depan bebas asap rokok semasa perutusan Tahun Baharau 2022 kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Khamis, 13 Januari.
Beliau berkata Malaysia akan menyokong laporan mengenai deklarasi politik mengenai pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit. Beliau berkata NCD menyumbang kepada bebam penyakit terbesar di dunia.
“Malaysia mengalu-alukan Pelan Hala Tuju Pelaksanaan kerana ini akan memberi panduan penting mengenai program kami masing-masing dalam mencapai matlamat berkaitan NCD. Malaysia pastinya akan menyelaraskan Pelan Strategik Kebangsaan kami untuk NCD dan Kertas Putih kami yang akan datang mengenai Masa Depan Penjagaan Kesihatan dengan Peta Jalan Pelaksanaan WHO,” katanya.
Malaysia baru-baru in melancarkan Agenda Kesihatan Kebangsaan (Agedna Nasional Malaysia Sihat). Ini melngkaui program promosi kesihatan biasa.
Negara ini mahu ia menghasilkan pendekatan ‘Kesihatan dalam Semus Posisi’ di mana setiap pemegang kepentingan meletakkan kesihatan di hadapan dan pusat.
Ucapan Intervensi oleh @Khairykj Menteri Kesihatan di Sesi Ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
