Setel Dan Siti Khadijah Menderma Telekung

1 min read

Setel dan Siti Khadijah telah menyempurnakan inisiatif bersama mereka iaitu Setulus Kasih yang telah disokong oleh Setel Express sebagai rakan logistik dengan menyumbang sejumlah telekung bernilai RM100,000 kepada 98 buah rumah anak yatim dan kebajikan buat golongan wanita, ibu tunggal serta kanak-kanak yang memerlukan.

Empat buah rumah dan organisasi kebajikan utama yang dipilih sebagai benefisiari inisiatif Setulus Kasih ialah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Hijrah, Kompleks Darul Kifayah, serta Yayasan Kebajikan Muslim (juga dikenali sebagai MyFundAction) yang menguruskan 95 buah rumah kebajikan di bawah organisasinya.

Majlis penyerahan sumbangan kepada MyFundAction pada tarikh 9 Jun telah dihadiri oleh Faizal Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express; Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah; di samping Suraiya Jabarudin, Pegawai Perhubungan Awam (Korporat), dan Zulkifli Baharuddin, Pegawai Perhubungan Awam (Media) – dengan kedua-duanya mewakili MyFundAction.

07. Setulus Kasih
01. Setulus Kasih

Leave a Reply

Previous Story

Creepy Man Harassing Young Men In Their Home 

Next Story

New Prices For Passport Renewal!

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights