Wanita yang menghina agama direman tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai. Sebelum itu, Jawi menjalankan siasatan awal berhubung klip video disyaki menghina agama Islam baru-baru ini, yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Video itu menunjukkan wanita itu menanggalkan tudung dan pakaiannya tetapi menyimpan colinya ketika wanita itu membuat persembahan komedi di Crackhouse Comedy Club, TTDI, Kuala Lumpur.
Ada netizen yang komen di YouTube kata, “Tindakan yang amat tegas perlu diambil terhadap pelaku bagi memberi pengajaran kepada yang lain.”
