Pakar Pembungkusan Global berkumpul bagi Memacu Industri
KUALA LUMPUR, 22 November 2023 – Pameran pembungkusan berskala besar pertama di Asia Tenggara – WEPACK ASEAN 2023 – anjuran Reed Exhibitions (RX) bagi memacu industri pembungkusan rantau ini, dibuka secara rasmi hari ini.
Pameran yang julung kali diadakan ini berlangsung bermula hari ini hingga 24 November 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia dan dijangka menarik lebih 4,000 delegasi daripada industri pembungkusan di Asia Tenggara dan negara-negara lain. Lebih 200 pemain inudstri global akan menyertai pameran termasuk DONGFANG PRECISION, FOSBER ASIA, ETERNAL, WONDER, HSIEH HSU, WANLIAN, XIEHELONG, LI SHENQ, DGM, KESHENGLONG, DAN SANSIN.
WEPACK Asean memberi peluang kepada pemain industri
WEPACK ASEAN 2023 memberi peluang kepada pemain industri di seluruh dunia untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan mengenai trend terkini, merangsang daya hidup pasaran yang lebih efisien dan penjimatan kos serta menggalakkan kerjasama perniagaan antarabangsa.
Josephine Lee, Ketua Pegawai Operasi RX Greater China, berkata, “Industri kami telah pun terjejas ekoran perubahan yang sukar dijangka ini dan bilangan pengguna yang semakin meningkat telah mengembangkan industri pembungkusan Asia Tenggara menjadi lebih pesat, secara tidak langsung mengubah rantau ini menjadi menjadi salah satu rantau yang berpotensi di dunia dalam bidang pembangunan ekonomi. Kami berkumpul di sini untuk memacu inovasi dan mengatasi cabaran dalam pembangunan dan pengembangan dalam pasaran Asia Tenggara.”
“Ini adalah kali pertama RX membawa Jenama WEPACK dari China ke Malaysia. Terdapat beberapa tema di WEPACK ASEAN 2023, termasuk Corrugated ASEAN 2023, FoldingCarton ASEAN 2023, DPrint ASEAN 2023 dan Paper ASEAN 2023. Ini akan menjadi platform yang terbaik bagi pemain industri Asia Tenggara untuk menjalin rangkaian dan membina perkongsian perniagaan. Selain pameran, terdapat beberapa forum dan lawatan kilang bakal diadakan dalam tempoh tiga hari ini.”
Henry Low, Pengerusi MACCMA, berkata, “Kami berterima kasih dan menghargai kerjasama kami dengan Reed Exhibition. Reed Exhibitions (RX) mempunyai pengalaman yang banyak dalam sektor pembungkusan sejak mereka menubuhkan SinoCorrugated 22 tahun lalu. Saya percaya ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk mempromosikan pasaran pembungkusan Asia.
Acara ini disokong oleh Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB).
Sorotan WEPACK ASEAN 2023
- Menampilkan bahagian bertema termasuk
- CORRUGATED ASEAN 2023
- FOLDINGCARTON ASEAN 2023
- DPRINT ASEAN 2023
- PAPER ASEAN 2023
- Pelbagai forum antarabangsa akan berlangsung dengan beberapa topik seperti:
- Trend Masa Depan dalam Pembuatan Pintar Papan Beralun
- Trend Masa Depan dalam Karton dan Percetakan Digital
- Pengeluaran Pintar Kadbod dan Karton
- Persidangan Pertukaran Malaysia mengenai kilang CMVU Machine Vision Enabling Automated
Untuk agenda penuh, sila layari WEPACK ASEAN 2023 Website.
WEPACK ASEAN 2023 akan berlangsung bermula hari ini hingga 24 November 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Follow us on:
Read More News #latestmalaysia
More Images


