Anwar Diundi Sebagai Bakal PM?

1 min read

Kuala Lumpur: Sebuah akhbar tempatan membuat undian atas talian siapakah rakyat mahu supaya dipilih menjadi Perdana Menteri kesembilan?

Nampaknya pilihan teratas sekali dalam undian yang dibuat oleh Sinar Harian di kalangan netizen itu ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Undian secara dalam talian itu dibuat di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan yang melibatkan seramai 1,207 netizen.

Selepas undian ditutup, keputusan itu diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? kelmarin.

Menerusi kaji selidik berkenaan, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu meraih peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berada di tempat kedua dengan jumlah 24.54 peratus diikuti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 14.55 peratus.

Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menduduki tangga keempat dengan 6.74 peratus, manakala Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus dan akhir sekali Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.

Bagaimanapun ruangan komen media sosial Sinar Harian selepas itu menjadi medan pertempuran apabila penyokong masing-masing berbalas-balas memberikan ulasan dan pendapat mereka.

Leave a Reply

Previous Story

If I am fully vaccinated, do I still need to sanitize groceries?

Next Story

Singapore To Stop Counting Covid Cases

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights