Hari pertama Selangor dan Kuala Lumpur melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyaksikan rakyat masih belum begitu memahami apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan.
Video yang tular menunjukkan pihak berkuasa di sebuah lokaliti yang dikenakan PKPD sedang membuat pengumuman bahawa khidmat penghantaran makanan dan penghantaran belian barangan melalui on-line adalah tidak dibenarkan. Ini menyebabkan mereka yang tidak faham mengemukakan pertanyaan seperti yang tertera dalam video ini.
Turut berkisar di media sosial ialah pelbagai video dan foto menunjukkan rakyat beratur panjang di bawah panas terik untuk mendapatkan bekalan bahan makanan di lokaliti yang dikenakan PKPD.
Kerajaan telah mengumumkan beberapa daerah di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur diletakkan di bawah PKPD antara 3 Julai hingga 16 Julai 2021.
Semoga mereka yang terjejas dengan PKPD ini tabah dan sama-sama kita menyumbang terhadap memerangi penularan wabak PKPD.
