Kisah Kawat Berduri Tarik Perhatian

1 min read

Ramai tidak setuju dan ada yang terus mengkritik tindakan memasang kawat duri di tangga di rumah pangsa perumahan awam kos rendah di sebuah lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Namun, bagaikan menyedari rasa tidak puas hati ini, pihak berkuasa segera membuka semula kawat duri berkenaan. Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesahkan kawat duri itu, yang dipasang ditangga di blok C, PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur telah dibuka.

Apakah yang berlaku sebenarnya di sebalik ini? Kisah bermula apabila beberapa foto yang diambil oleh BERNAMA memaparkan anggota tentera memasang kawat berduri di tangga perumahan awam kos rendah itu tular di media sosial.

Ekoran dari itu, ia segera mendapat respon terkejut di kalangan netizen yang menyuarakan kebimbangan mereka dari aspek ancaman keselamatan dan kebakaran kerana kawat duri berkenaan boleh menyukarkan penghuni menyelamatkan diri pada masa kecemasan.

Sebelum itu, kononnya pemasangan kawat duri itu dibuat setelah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri bomba atas tujuan mengalang penduduk daripada keluar masuk bangunan tersebut.

Pemasangan sebenarnya dibuat setelah mengambil kira terdapat laluan lain boleh digunakan penduduk di blok tersebut untuk keluar sekiranya berlaku kecemasan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Ashari Abu Samah dipetik sebagai berkata.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa turut menyentuh perkara ini dalam hantaran twitter peribadinya dengan berkata pemasangan kawat duri itu tidak dibenarkan di rumah pangsa yang dikenakan PKPD kerana ia melanggari peraturan bangunan.

Leave a Reply

Previous Story

England Ke Separuh Akhir, Cipta Pelbagai Rekod

Next Story

Former Finance Minister: I Miss The Parliament!

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights