Mesyuarat Khas Parlimen 26 – 29 Julai

1 min read

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam kenyataannya hari ini, kerajaan turut bersetuju memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemakluman berkenaan.

Mesyuarat Khas bagi Dewan Negara pula adalah selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.

Mesyuarat ini bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen,” tambah kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, mesyuarat berkenaan akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a Reply

Previous Story

Barisan Nasional’s Turn To Galvanise White Flag Malaysians

Next Story

Siti Nurhaliza Lebam Kena Pukul

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights