Subang Jaya : Siti Nurhaliza lebam dipukul oleh suaminya yang tidak berpuas hati kerana wanita itu bergaduh dengan ibunya baru-baru ini.
Dalam kejadian di Sumatera Selatan itu, wanita berkenaan, yang mempunyai nama yang sama dengan penyanyi terkenal dari Malaysia, mengalami lebam-lebam di pipi.
Tertuduh, Nopiyan Syahri, 26, berasal dari Kabupaten Muratara, menurut Kosmo yang memetik laporan agensi berita asing.
Menurut kenyataan polis mangsa mendakwa dipukul enam kali oleh suaminya selepas isterinya bertikam lidah dengan ibu tertuduh.
Oleh kerana tidak berpuas hati, suaminya tanpa berfikir lanjut, bertindak membelasah mangsa.
Mangsa kemudiannya telah melarikan diri dari kediaman selepas insiden berkenaan dan bekerja di sebuah ladang ternakan Kelurahan Terawas, Kacamatan STL Ulu Terawas, Kabupaten Mura.
