England berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir EURO200 setelah menghentikan kemaraan Denmark dalam perlawanan separuh akhir yang penuh getir pagi tadi.
Perlawanan berkesudahan dengan memihak kepada England 2 – 1. Denmark menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mikel Damsgaard (30).
Gol England pula diperolehi menerusi gol sendiri pemain Denmark Simon Kjaer (39) dan kapten pasukan Harry Kane (104).
Kane Bawa England Ke Final Selepas 55 Tahun
Ini merupakan kejayaan pertama England memasuki perlawanan akhir satu kejohanan besar sejak Piala Dunia 1966.
England yang mendapat sokongan padu penyokong setia melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol Denmark menerusi Kane, Sterling dan Jack Grealish.
Itali Menempah Tempat Di Perlawanan Akhir EURO2020
Itali menempah tempat di perlawanan akhir EURO2020 semalam setelah mengalahkan Sepanyol.
Setelah perlawanan berkesudahan terikat 1 – 1 masa penuh, Itali mengatasi Sepanyol 4 – 2 melalui tendangan penalti.
Dengan kemanangan itu juga Itali berjaya memanjangkan rekod tanpa kalahnya kepada 33 perlawanan.
Dalam perlawanan akhir pada 12 Julai 2021 nanti Itali akan bertemu pemenang di antara England dan Denmark.
