Rafizi Ramli bertanya para ciapan di akaun Twitter rasminya, “Adakah and mahu kami ‘lock down’ di rumah sendiri”.
Rafizi berkata demikian tentang data kes COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa saban hari. Dia menambah yang data yang diberi tidak teratur dan menurutnya, applikasi MySejahtera tidak mempunyai fungsi untuk mengesan kes, punca kes dan pecahannya.
Rafizi menyarankan supaya kerajaan menambah fungsi tersebut supaya pengesanan kes dapat dilakukan. Rafizi juga mempersoalkan kerajaan tentang strategi dalam menangani isu COVID-19.
Dia berpendapat kerajaan harus mendedahkan lebih banyak data supaya penganalisa boleh mencerap data tersebut dan mencadangkan strategi yang betul untuk mengatasi pandemik kerana nyata kerajaan gagal membendung wabak ini.
“Sepatutnya dah ada game plan standby skrg sbb dah separuh minggu EMCO di Selangor/KL: Kalau lepas seminggu angka tak turun jugak, apa plan pihak berkuasa seterusnya? Kami berkurung dlm bilik pulak ke? Bila kita boleh betul2 tahu punca sebenar (tempat, sbb dll) kes bnyk2 ni?”
