Menteri Besar Interim Untuk Johor?

1 min read

Adakah Johor akan menerima kesan langsung dari keputusan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan oleh itu seorang Menteri Besar interim terpaksa dilantik?.

Kemungkinan melantik Menteri Besar interim ini ada seandainya UMNO negeri berpendirian menuruti keputusan Majlis Tertinggi UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN Khamis lalu.

Bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, hal ini bakal terjadi ekoran ketidakstabilan politik di Johor setelah PN bukan lagi kuasa dominan untuk mentadbir negeri.

Katanya, untuk melakukan peralihan kuasa ketika negara berdepan pandemik Covid-19, beliau berpandangan itu bukanlah perkara yang akan mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Johor ini unik, walaupun negeri mengikut telunjuk dan tindakan dibuat di peringkat Persekutuan, namun Sultan Johor mempunyai kata pemutus berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri,” katanya dipetik oleh Utusan Online.

“Tuanku sebelum ini pernah bertitah bahawa baginda tidak akan bersetuju jika Johor terus bergolak, berlaku perebutan kuasa sehingga kerajaan negeri sering bertukar-tukar yang akhirnya menjejaskan rakyat yang terkesan pandemik selain memberikan kesan kepada ekonomi Johor.

“Oleh itu, saya berpandangan, Sultan Ibrahim mungkin menitahkan pelantikan Menteri Besar interim bagi mengemudi kerajaan negeri sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti,” katanya.

Leave a Reply

Previous Story

China Reigns In The SCS Despite Landmark Ruling

Next Story

Peluang Akhir Messi Julang Piala Besar?

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights