Peluang Akhir Messi Julang Piala Besar?

1 min read

Adakah pertembungan akhir Copa America antara Argentina dan Brazil esok akan meninggalkan kemanisan buat Lionel Messi setelah sekian lama hampa?

Di sebalik namanya yang besar dalam arena bolasepak dunia, Messi belum mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan dengan pasukan negaranya.

Walaupun diangkat memenangi Ballon d’Or sebanyak enam kali selaku pemain terbaik dunia, Messi masih menanti kehadiran piala besar dan ternama untuk dijulang bersama Argentina.

Beliau muncul dalam persada bolasepak dunia sebagai bakat muda mengkagumkan dan membawa Argentina memenangi Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun pada 2005 dan pingat emas di Olimpik Beijing pada 2008. Namun, selepas itu perjuangannya di padang bola dengan jersi belang biru muda dan putih itu tidak pernah membawa sebarang kejayaan besar.

Messi dan Argentina beraksi di perlawanan akhir Copa America pada 2007, 2015 dan 2016 dan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 tetapi semua berakhir dengan kekeciwaan.

Selepas tamat perlawanan separuh akhir di mana Argentina mengalahkan Colombia Rabu lalu Messi mengulangi hasrat dan impiannya itu. “Apa yang sangat saya inginkan ialah memenangi kejohanan bersama pasukan kebangsaan,” katanya.

Memandangkan usianya, ini mungkin adalah peluang terakhir beliau untuk cuba mencapai impian berkenaan.
Argentina akan bertemu Brazil dalam perlawanan akhir yang dinanti-nantikan di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pagi esok.

Leave a Reply

Previous Story

Menteri Besar Interim Untuk Johor?

Next Story

The Future Of Travel: Masked Reception

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights