Argentina berjaya menjuarai kejohanan Copa America setelah menundukkan Brazil 1-0 dalam perlawanan senget dan mendebarkan pagi ini.
Ini merupakan kali ke 15 Argentina berjaya memenangi kejohanan itu.
Kemenangan Argentina itu juga menjadi kali pertama kaptennya Lionel Messi menjulang satu piala besar dan berprestij dalam kareer bolasepak beliau.
Sebagai rekod, Diego Maradonna juga tidak pernah memenangi Copa America semasa beliau bermain untuk Argentina.
Gol Argentina pagi tadi dijaringkan oleh Angel di Maria menerusi larian solo dan bola yang dilambung di luar jangkauan penjaga gol.
