ABIM Gesa Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Telus Isu Penderaan Kanak-kanak OKU

1 min read

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang telus dalam isu penderaan melibatkan kanak-kanak OKU dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku serta memberikan pembelaan sewajarnya kepada mangsa.

Naib Presiden ABIM, Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) Fatin Nur Majdina Nordin berkata pihaknya memandang serius isu perlindungan terhadap kanak-kanak serta mengambil maklum cabaran penjagaan kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya (OKU).

“Sehubungan dengan itu, kami berharap masyarakat memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius penubuhan dan peranan rumah perlindungan sebagai rakan strategik JKM, memantau serta membimbing penguasaha rumah-rumah perlindungan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik mengikut piawaian yang sepatutnya,” kata dalam sebuah kenyataan akhbar hari ini.

Beliau juga berkata perlindung terhadap kanak-kanak OKU harus dipatuhi bagi melahirkan kanak-kanak yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni.

Menurut Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara serta Akta Kanak-kanak 2001, Nur Fatin menambah bahawa ia menekankan aspek perlindungan terhadap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi dan ia terpakai kepada semua kanak-kanak tanpa dibezakan jantina, etnik, ketidakupayaan, dan sebagainya.

Leave a Reply

Previous Story

Mohd Bakke New Petronas Chairman, Ahmad Nizam Leads PHB

Next Story

Malaysians Spammed Gal Gadot Social Media Account

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights