Kuala Lumpur: PROTON memulakan proses vaksinasi bagi semua kakitangan.
Pekerja yang bertempat di Tanjung Malim dan Shah Alam, yang belum lagi divaksinasi akan mendapat temu
janji melalui applikasi MySejahtera, yang akan berlangsung selama beberapa hari bagi memastikan kesemua
yang mendaftar untuk memperoleh vaksin akan mendapatkan dos pertama mereka.
Bagi mempercepatkan usaha di Tanjung Malim, pihak syarikat telah bekerjasama dengan pihak berkuasa
peringkat Negeri dan Persekutuan untuk menjadikan kompleks sukan sebagai pusat pemberian vaksin industri
(PPVIN).
Dengan kapasiti maksimum harian lebih kurang 800 orang, PPVIN tersebut akan beroperasi selama
enam hari bagi memastikan warga PROTON serta pembekal yang berada di sana mendapat vaksin mereka.
Bagi kakitangan di Shah Alam pula, mereka akan mendapat vaksin mereka di Pusat Konvensyen Shah Alam
(SACC) kerana kekangan ruang yang besar dan syarat pematuhan SOP diperlukan oleh PROTON untuk
mewujudkan PPV sementara.
“PROTON berharap dengan proses vaksinasi warga kerja, kami akan membantu mengurangkan jangkitan
Covid-19 di Malaysia. Dengan inisiatif sama dari syarikat lain, ia mampu menghidupkan semula industri automotif
yang terhenti seketika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan” kata Dr Li Chunrong, Ketua
Pegawai Eksekutif, PROTON.
Dengan permulaan hari ini, proses vaksinasi ini akan diulangi semula tiga minggu kemudian bagi warga
PROTON mendapatkan dos kedua mereka. Syarikat menjangkakan kebanyakan kakitangan mereka akan
mendapat vaksin penuh menjelang pertengahan Ogos.
