Super Mario 64 Dilelong Pada Harga RM6.3 Juta!

1 min read

Satu katrij permainan video Super Mario 64 keluaran tahun 1996 berjaya dijual secara lelong dengan harga mencecah RM6.3 juta (AS$1.5 juta) kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan namanya.

Lelongan bekenaan dikendalikan oleh Heritage Auctions, sebuah agensi lelong terkenal Amerika Syarikat.

Mengumumkan dalam sayu kenyataan akhbar hari ini, Heritage Auctions berkata katrij berkenaan berada dalam keadaan sempurna dan pembalutnya juga belum dibuka.

Malah, Wata, sebuah syarikat pengumpul koleksi permainan video, menilaikan kartrij Super Mario 64 berkenaan pada 9.8 A++ yang bermaksud ia hampir sempurna dan dibungkus “seperti baru”.

Super Mario 64 merupakan permainan video paling laris untuk konsol Nintendo 64 dan merupakan yang pertama menggunakan karekter Mario dalam bentuk 3D, tambah kenyataan itu yang dipetik oleh majalah The Verge.

Katrij permainan video ini dibeli kerana mempunyai nilai sejarah dan nilai memorabilia fizikal yang tinggi, katanya.

Leave a Reply

Previous Story

Proton Memulakan Proses Vaksinasi Untuk Semua Kakitangan

Next Story

Mohd Bakke New Petronas Chairman, Ahmad Nizam Leads PHB

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights