Malaysia berdepan 66 cabaran dan ancaman, kata MKN

1 min read

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti 66 isu, cabaran dan ancaman baharu kepada keselamatan negara, yang bakal ditangani menerusi dasar keselamatan negara yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pemangku Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia merangkumi pelbagai perkara, termasuklah aspek ketenteraan, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik dan hal ehwal antarabangsa.

Katanya, antara ancaman keselamatan yang amat membimbangkan adalah pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian, selain isu keselamatan siber dan perpaduan rakyat Malaysia.

Antara langkah awal diambil kerajaan bagi mengatasi pencerobohan sempadan adalah melaksanakan Operasi Benteng yang dilihat berjaya mengurangkan kemasukan PATI dan penyeludupan dengan signifikan, katanya pada sidang media taklimat sambutan ulang tahun ke-50 MKN secara maya.

Jelasnya, ancaman lain yang dikenal pasti adalah membabitkan keselamatan siber selaras Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), yang memiliki impak kepada tadbir urus kerajaan, ekonomi dan sosial, katanya seperti dipetik oleh Berita Harian.

Rodzi berkata, negara juga berdepan cabaran membentuk perpaduan rakyat berteraskan semangat mempertahankan negara, selain ancaman penyebaran berita palsu yang membentuk persepsi salah erhadap isu tertentu.

Leave a Reply

Previous Story

Asal usul Covid-19: WHO cari wanita Itali

Next Story

Mycraftshoppe E-Marketplace Bantu Usahawan Kraf Berdaya Saing

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights