Amaran hujan berterus

1 min read

Analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS) telah melaporkan bahawa satu sistem cuaca tekanan rendah telah terbentuk di tenggara Filipina dan dijangka bergerak ke barat menghampiri Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ini menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi membawa hujan berterusan di Sabah dalam tempoh 8 dan 9 Mac ini.

“Pada masa yang sama hujan dan ribut petir pula dijangka berlaku di barat Semenanjung, utara dan pedalaman Sarawak pada sebelah petang hingga awal malam,” kata yang dipetik daripada laman rasmi MET hari ini.

MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) untuk negeri Sabah berkuat kuasa pada 8 dan 9 Mac dan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) untuk kawasan perkapalan di Laut China Selatan berkuat kuasa pada 8 hingga11 Mac.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Follow us @LatestMalaysia

Leave a Reply

Previous Story

Lazada Forward Women Awards. Nurul Izzan Zamzuri

Next Story

Rokok seludup catat 57.3% pada 2021

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights