Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi Rasmus Paludan, pemimpin Stram Kurs yang membakar senaskah Al-Quran Karim di Linkoping, Sweden. Tindakan sedemikian telah melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara.
Sebaliknya tindakan tersebut merupakan suatu usaha provokasi, menghasut kebencian yang mesti ditolak oleh semua pihak yang inginkan keamanan dan hidup bersama dalam budaya damai.
Malaysia juga menekankan kepentingan untuk menghapuskan semua bentuk keganasan dan kebencian, termasuklah Islamofobia. Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan sentimen islamofobia dan pelampau agama.
Kementerian Luar Negari, Malaysia
