Bakal jemaah haji perlu menanggung kenaikan bayaran secara bersasar antara RM1,000 dan RM3,000 bergantung kepada pendapatan masing-masing bagi mengerjakan ibadah itu pada tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan.
“Berikutan pelaksanaan bantuan bersasar itu, kadar haji untuk seorang jemaah Muassasah B40 ialah sebanyak RM10,980 iaitu peningkatan RM1,000 seorang.” Kadar haji jemaah Muassasah dalam kategori bukan B40 pula sebanyak RM12,980 seorang meningkat sebanyak RM3,000.
