15 rakyat Malaysia Terlibat Dalam Kemalangan Di Arab Saudi

1 min read

Kementerian Luar Negeri mengesahkan insiden kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja yang dinaiki oleh lima belas (15) orang warganegara Malaysia telah terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada hari Khamis, Jun 9, 2022.

Mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Makkah. Susulan insiden tersebut, mereka telah dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Makkah bagi mendapatkan rawatan. Dua (2) daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung insiden kemalangan tersebut. Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden ini serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. Kementerian Luar Negeri mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan seberapa segera.

@LatestMalaysia

Leave a Reply

Previous Story

Malaysia Sedang Menuju Ke Arah Menjadi Negara Berpengasuh Sepenuhnya

Next Story

Vehicles Outnumber People in Malaysia, WHAT? 

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights