Seorang duda meningal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Jasin kerana mahu melarikan diri selepas didakwa berkhalwat dengan kekasihnya, isteri orang ibu anak tiga!
Semasa kekasih itu berada di ruang tamu tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah sekitar jam 10.30 pagi. Saksi yang merupakan kekasih si mati mendakwa, lelaki itu bermalam di rumahnya sejak pukul 12 tengah malam selepas suaminya keluar.
“Suami saksi telah mengunci pintu gerigi hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia telah menghubungi pihak polis. Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang di bahagian koridor untuk berpaut turun,” kata polis dalam satu kenyataan akbar.
