Pegasus Aqua Terokai Pasaran Kesihatan, Kesejahteraan Bernilai RM18.94t

2 mins read

Kuala Lumpur, 28 Jun 2022: Pegasus Aqua Sdn Bhd (Pegasus Aqua), sebuah syarikat tempatan bagi kesihatan dan kesejahteraan, hari ini mengumumkan bahawa ia secara rasminya melancarkan pengaktif air teknologi kesan resonans molekul (MRET) yang tercanggih di Asia Tenggara.

Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET pada masa ini adalah satu-satunya alat yang dibenarkan di Asia Tenggara untuk menggunakan teknologi kesan resonans molekul yang dipatenkan, yang mengubah ikatan molekul pada molekul air bagi membolehkannya diserap dengan lebih baik oleh sel dalam badan manusia. Meminum air diaktifkan MRET telah menunjukkan faedah penyembuhan dan rejuvenasi melalui peningkatan penghidratan.

MRET ditemui 20 tahun lepas oleh pereka dan saintis Rusia, Dr Igor Smirnov bersama-sama pasukan penyelidiknya. Sejak itu, air diaktifkan MRET telah popular di pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Pegasus Aqua berhasrat untuk memasarkan teknologi unik ini di pasaran Asia Tenggara yang tinggi pertumbuhannya dengan menjadi satu-satunya pengedar terkini dan eksklusif bagi Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Lim Keong Han, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pegasus Aqua Sdn Bhd berkata, “Mendiang datuk saya dan pemilik Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong adalah orang yang memperkenalkan faedah penyembuhan dan rejuvenasi air diaktifkan MRET kepada keluarga kami.

“Mendapat inspirasi daripada testimoni positif beliau dan digalakkan oleh potensi pertumbuhan pasaran kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia  dan di seluruh dunia, kami mengambil keputusan bahawa masanya adalah sesuai untuk mengembangkan alat ini di rantau ini,” tambahnya.

Pegasus MRET water activator 2
Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET

Menurut Laporan Industri Kesihatan dan Kesejahteraan Global oleh ResearchAndMarkets.com, pasaran kesihatan dan kesejahteraan telah mencapai nilai USD3.3 trilion (RM14.54 trilion) pada 2021 dan dijangka mencecah  USD4.3 trilion (RM18.94 trilion) menjelang 2027, meningkat pada CAGR sebanyak 4.2% bagi tempoh analisis 2022-2027.

“Pegasus Aqua berhasrat untuk meraih faedah daripada kemewahan yang meningkat di rantau Asia Tenggara dan permintaan tinggi bagi produk kesihatan dan kesejahteraan yang berkualiti dan inovatif, dan membangunkan peluang kukuh bagi Pengaktif Air MRET kami dan mencapai sasaran hasil lebih RM20 juta dalam dua atau tiga tahun akan datang,” kata Lim.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai alat itu, Dr Smirnov yang mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Psikologi Klinikal berkata, “Pengaktif air MRET adalah penulen air yang mengubah sudut ikatan H20 daripada 104.5° kepada 114.5°. Kajian kami telah menunjukkan bahawa faedah meminum air diaktifkan MRET termasuklah peningkatan penghidratan, metabolisme yang ditambahbaik, morfologi yang diperkuatkan, peningkatan imuniti, kulit yang lebih sihat dan tenaga yang ditambahbaik.” 

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan Pegasus Aqua untuk membawakan alat kesihatan dan kesejahteraan yang canggih ini ke Malaysia dan juga Asia Tenggara. Kami yakin bahawa Pegasus Aqua mempunyai maklumat pasaran dan semangat untuk menjadikan pengaktif air MRET ini suatu produk kesihatan dan kesejahteraan yang utama kepada pengguna yang bijak di seluruh rantau ini,” tambah Dr. Smirnov.

Dr. Smirnov telah menerima dua paten Amerika Syarikat bagi Pengaktif Air MRET, iaitu “Kaedah dan Alat bagi menghasilkan Cecair Diaktifkan dan Kaedah penggunaannya”. 

Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET dilengkapkan dengan polimer nanoteknologi termaju yang disahkan, dan didatangkan dengan papan induk penjana frekuensi terkini yang dibangunkan dan direka oleh Dr. Smirnov. 

Setiap alat didatangkan dengan bateri Li-Ion berkuasa tinggi, berkapasiti tinggi dan boleh dicas semula yang direka untuk memastikan tempoh hidup yang lebih panjang di samping memberikan kekuatan isyarat aktif yang efektif secara maksimum setiap kali digunakan. Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET dijual pada harga runcit yang dicadangkan sebanyak RM4,500 setiap unit. Maklumat lanjut tentang Pegasus Aqua dan Pengaktif Air MRET boleh didapati di www.pegasusaqua.com 

Leave a Reply

Previous Story

Apabila Rakyat Malaysia Menjadi Menteri Di Australia

Next Story

Luno Launches ‘Move with Luno’ Campaign With National Athletes 

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights