50 buah kenderaan berprestasi tinggi daripada portfolio BMW M telah dihimpunkan di Sentul Depot pada hari ini bagi acara pembentukan formasi bersempena dengan sambutan ulang tahun BMW M ke-50, yang ditunjangi oleh divisyen prestasi dan sukan permotoran premium milik pengeluar kenderaan tersebut.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Selama 50 tahun kami membekalkan kenderaan prestasi bertaraf premium yang paling ikonik buat dunia – biar untuk kegunaan di atas atau di luar litar, semangat kami terus berkobar untuk menjulang Huruf Terunggul di Dunia ini.
“Kami berbesar hati untuk menyaksikan semakin ramai individu yang menzahirkan perasaan teruja dan sanjungan mereka ke atas jenama ini, terutamanya warga komuniti pemilik dan peminat BMW M di Malaysia yang telah mencurahkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka selama ini – termasuk sepanjang dua tahun lalu yang dibelenggu dengan pandemik.”
