Sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia, kata Rosman Ahmad, 58. Katanya anak dan menantu memang anak yang baik. “Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja,” katanya.
Rosman berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya dan, “Bila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga suspek), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar. “Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher.”
