
Kuala Lumpur, 14 Julai 2022 — Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini melancarkan model
Hip & Smart Runabout Vehicle, HR-V Serba Baharu yang sudahpun meraih perhatian pasaran sebelum ini. HR-V telah mencipta segmen baharu dalam pasaran ketika diperkenalkan pada tahun 2015, menjadikannya model paling laris sejak itu. HR-V Serba Baharu ini yang dibangun menggunakan konsep “AMP UP YOUR LIFE” telah diperbaharui, dan kini hadir dengan penggayaan luar biasa, sistem janaan kuasa canggih serta ciri inovatif dan dalam masa sama masih mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.

HR-V Serba Baharu terus meletakkan tanda aras yang lebih tinggi bagi segmen SUV kompak dengan pengenalan tiga pilihan sistem janaan kuasa sebagai pilihan kepada pelanggan, mengikut gaya hidup dan keperluan penggunaan masing-masing. Pertama kali diperkenalkan untuk City dan City Hatchback, teknologi e:HEV telah menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran. Ia akan dilanjutkan kepada HR-V RS Serba Baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam sebuah SUV kompak. Sistem 1.5L e:HEV dengan 2-motor memberikan 131PS kuasa dan 253Nm tork. Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras antara tiga mod pemanduan: Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin, yang akan bertukar mengikut situasi pemanduan oleh pemandu.
Selain itu, ciri inovatif termaju yang terdapat pada HR-V Serba Baharu ialah Honda CONNECT², sebuah teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan. HR-V Serba Baharu akan ditawarkan dalam lima warna; merah (Ignite Red Metallic), kelabu (Meteoroid Gray Metallic), putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam (Ruse Black Metallic).

