Datuk Adzwan Ab Manas Presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA) kata keputusan Kerajaan untuk menyamakan vape dan rokok dalam melarang penjualan kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005 adalah tidak adil kerana rokok dan vape adalah dua industri dan produk yang berlainan.
“MRECA membantah keputusan ini kerana ia akan menjejaskan industri tempatan yang terdiri daripada lebih 3,000 usahawan vape tempatan yang rata-ratanya terdiri daripada usahawan Bumiputera.
“Industri vape tempatan mempunyai daya saing yang mampu membawa Malaysia ke peringkat global. Banyak produk buatan Malaysia telah memasuki pasaran global dan jutaan ringgit telah dilaburkan pengusaha tempatan demi pembangunan industri ini,” kata Datuk Adzwan.
Keputusan ini akan memberikan tamparan yang besar kepada industri tempatan serta tenaga kerja yang merangkumi lebih daripada 15,000 pekerja, katanya.
“Industri mohon agar Kerajaan akan mengkaji semula keputusan ini dan memohon agar Ahli Parlimen membela nasib industri vape tempatan ini apabila deraf Akta tersebut dibentangkan di Parlimen,” beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.

