Pengharaman Vape Melawan Keputusan Kabinet yang Dibuat Pada 2015

1 min read

Media telah melaporkan bahawa rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau dan merokok telah diluluskan Kabinet dan ia turut menyenaraikan vape untuk dilarang dijual pada masa depan.

Pelaksanaan ini akan memberi kesan kepada industri vape secara menyeluruh kerana Malaysia mempunyai ekosistem industri yang lengkap iaitu dari pembekal, pengilang, peruncit dan pengguna.

Kerajaan seharusnya mengambil kira potensi industri vape di Malaysia dan juga kesan kepada industri tempatan dengan polisi ini, berkata Rizani Zakaria, Presiden kepada Malaysian Vape Industry Advocacy.  

Sebelum ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak melarang industri vape pada tahun 2015 dan sebaliknya kawal selia akan diperkenalkan untuk industri vape tempatan.

Pada masa itu, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa vape tidak akan dilarang kerana potensi industri vape tempatan di Malaysia untuk bersaing di peringkat global.

Selama ini industri telah berjuang untuk Kerajaan memperkenalkan undang-undang serta peraturan untuk mengawal industri vape. Tetapi langkah drastik ini menunjukkan Kerajaan membuat ‘U-turn’ dengan melarang industri vape untuk beroperasi pada masa akan datang.

MVIA memohon Kerajaan untuk mengkaji semula polisi ini kerana setiap langkah drastik yang diambil akan membawa kepada satu masalah yang lain. Dalam hal ini hanya akan mengakibatkan pengguna pada masa akan dating mencari produk yang tidak terkawal.

MVIA juga mohon Kerajaan menerima pendapat dan bukti santifik mengenai vape yang kurang risiko berbanding rokok dan mampu menurunkan kadar merokok negara. 

Ridhwan Rosli Secretary General Malaysian Vape Chamber of Commerce
Ridhwan Rosli, setiausaha agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC)

Ridhwan Rosli, setiausaha agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC), menyertai Rizani membantah tindakan kerajaan.

Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan untuk mengharamkan industri vape, berkata Ridhwan.

Sejak 2015, industri vape telah memperjuangkan agar industri ini diiktiraf sebagai industri yang sah.

Dan minggu ini, media melaporkan Kerajaan telah memutuskan bahawa Kabinet bersetuju untuk membentangkan akta yang akan mengharamkan industri vape pada masa depan dengan polisi melarang penggunaan vape untuk sesiapa yang dilahirkan selepas 2005.

Ini bermakna individu yang dilahirkan selepas 2005 dan mencapai umur dewasa dalam 10 tahun akan datang akan menjadi penjenayah kerana memiliki dan menggunakan produk vape.

Ridhwan juga berkata ‘Polisi ini ibarat menyamakan vape seperti dadah dan ini adalah mesej yang sangat salah. Ia juga secara tidak langsung menggalakkan pasaran gelap kerana pemintaan terhadap produk sangat tinggi namun tiada penawaran di pasaran sah. Pengguna akan mencuba pelbagai cara untuk mencari bekalan manakala pembekal (penyeludup) akan mencari jalan untuk menyediakan bekalan melalui pasaran gelap.’

Tambahan pula, Kementerian Kesihatan masih tidak memberikan kata putus berkenaan peraturan-peraturan vape untuk diperkenalkan dan tidak melibatkan industri dalam perbincangan untuk kawal selia industri vape.

Keputusan ini akan memberikan kesan yang besar kepada industri tempatan yang bernilai RM2.27 bilion. Malah ia akan menjejaskan lebih daripada 3,000 perniagaan tempatan di Malaysia dan memberikan mesej yang salah kepada pelabur asing.

DPVM menyeru agar Kerajaan mengkaji semula keputusan ini dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada industri vape.

Leave a Reply

Previous Story

Pelawak Yang Menghina Agama Islam Mendapat Dana Sebanyak RM40,000  

Next Story

Persatuan Kedai Kopi Tidak Setuju Terhadap Larangan Jualan Rokok Dan Vape

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights