Beliau berkata di Facebook, syarikat yang dinamakan adalah Alizes Marine Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malta. Syarikat ini juga dinamakan di dalam siri pendidihan Panama/Paradise Papers yang mendedahkan bagaimana syarikat-syarikat pesisir luar pantai digunakan untuk menyembunyikan wang dari aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di seluruh dunia.
Laporan siasatan dalaman ke atas projek LCS membuat kesimpulan berikut:
• Setelah menyemak invois-invois dari pembekal-pembekal tertentu, pasukan penyiasat menemui sejumlah bayaran palsu berjumlah RM23.37 juta. Invois dihantar kepada subkon projek LCS untuk perkhidmatan teknikal yang sebenarnya tidak wujud.
• Apabila pembekal-pembekal ini dijejaki, syarikat sebenarnya tidak wujud kerana maklumat alamat yang diberikan adalah palsu. Malah, semakan menunjukkan bayaran dibuat ke akaun-akaun lain.
Modus operandi yang digunakan mirip kaedah yang digunakan untuk mencuri wang 1MDB. Syarikat-syarikat palsu ditubuhkan di seluruh dunia yang namanya menyamai sebuah syarikat yang benar-benar wujud.
Invois dihantar dari satu syarikat, sebaliknya arahan bayaran adalah supaya invois dibayar ke satu akaun yang didaftarkan di bawah syarikat yang namanya hampir sama tetapi syarikat berlainan.
Siasatan dalaman menamakan Alizes Marine Limited sebagai salah sebuah syarikat yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan sebegini.
Alizes Marine Limited dilantik oleh subkon projek sebagai pembekal alat-alat gantian (“spare parts”) untuk projek ini atas cadangan DCNS, kontraktor teknikal yang menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal kapal kelas Gowind.
Sebaliknya, jumlah perolehan yang dilaporkan di dalam penyata kewangan Alizes Marine France yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Perancis hanya EUR3.53 juta (bersamaan sekitar RM18 juta).
Ini bermakna, sejumlah RM192 juta telah dipindahkan ke akaun syarikat-syarikat pesisir luar pantai yang tidak dapat dijejaki.
Sebab itu beliau bertegas bahawa skim mencuri dana rakyat yang sebegini rumit tidak boleh berlaku tanpa dilindungi oleh orang-orang atasan yang lebih berkuasa dari seorang pesara Panglima Tentera Laut yang didakwa baru-baru ini.
