- 1 daripada 15 organisasi di Malaysia diiktiraf tahun ini untuk kecemerlangan dalam enam domain sumber manusia termasuk Strategi Pengurusan Manusia, Persekitaran Kerja, Perolehan Bakat, Pembelajaran, Kepelbagaian, Ekuiti & Kemasukan, Kesejahteraan dan banyak lagi.
• Pencapaian berganda dicapai dengan pensijilan Majikan Malaysia 2023 dan Majikan Terbaik Asia Pasifik 2023.
Kuala Lumpur, Februari 28, 2023 – Novartis Malaysia memenangi Top Employer- Certified Excellence in Employee Conditions untuk empat tahun berturut-turut pada 2023, menjadikannya salah satu majikan terbaik di dunia.
Novartis Malaysia adalah antara 15 syarikat yang menerima pengiktirafan, di Malaysia dan juga di peringkat Asia Pasifik. Anugerah ini mengesahkan komitmen Novartis Malaysia untuk memperjuangkan budaya kerja ‘Inspired, Curious, dan Unbossed’
dalam syarikat yang membolehkan kakitangan melaksanakan kerja pada tahap optimum secara konsisten setiap hari.
Falsafah syarikat untuk memperkasakan hubungan manusia dan kerjasama telah terbukti sebagai ramuan utama dalam kejayaan berterusan sebagai syarikat multinasional terkemuka di negara ini.
Mohamed Elwakil, Country President, Novartis Malaysia berkata:
“Ia adalah satu penghormatan yang mengagumkan untuk diiktiraf sebagai majikan terkemuka di Malaysia dan Asia Pasifik bukan sekali, tetapi empat tahun berturut-turut. Ini mengesahkan kehadiran kami sebagai sebuah syarikat ubat-ubatan inovatif yang terkemuka dalam membantu memanjangkan dan menambah baik kehidupan lebih 32 juta rakyat Malaysia.”
Dengan lebih 800 kakitangan, Novartis Malaysia mempunyai tiga bahagian utama yang terdiri daripada Innovative Medicine (Pharma dan Oncology), Sandoz (Biosimiliars) dan Novartis Corporate Center (NOCC KL) – salah satu daripada enam pusat perkhidmatan korporat di dunia. NOCC KL dilancarkan pada 2016 telah mengembangkan operasinya kepada 25 pasaran, termasuk ibu pejabat Novartis di Basel, Switzerland melalui penyelesaian kerja berdaya digital, data dan bertaraf tinggi.
“Keupayaan untuk menarik, memahirkan dan mengekalkan seseorang yang berbakat adalah salah satu objektif utama Novartis Malaysia sebagai majikan. Ia merupakan ramuan penting dalam menyokong pelaksanaan strategi kami dan perkembangan produk inovatif bagi membantu 32 juta rakyat di seluruh negara.”
“Memenangi anugerah ini mengukuhkan komitmen kami untuk memastikan polisi yang kondusif sentiasa dikekalkan untuk persekitaran kerja yang inklusif. Kami percaya pada persekitaran kerja yang fleksibel, menanam semangat kekitaan, memanfaatkan usaha bersama dan memupuk kesejahteraan.”
“Diiktiraf sebagai Top Employer merupakan isyarat kepada bakat-bakat untuk melihat Novartis sebagai suatu tempat terbaik untuk bekerja dan mengenal erti kepuasan, di samping mencari peluang untuk berkembang bersama syarikat. Pasaran pekerjaan yang mencabar pada era ini bagi kedua-dua pekerja dan majikan bermakna mengenal pasti pilihan yang tepat adalah penting untuk semua pihak mencapai matlamat masing-masing.”
Menambah kepada komen Wakil, Anne Heng, Country Head, of People and Organization, Novartis Malaysia berkata:
“Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada kegigihan kami untuk mewujudkan ekosistem dan budaya yang berpaksikan kepada usaha memupuk dan mengoptimumkan bakat. Diiktiraf selama empat tahun berturut-turut merupakan penghormatan dan penghargaan yang besar kepada dasar sumber manusia kami yang sentiasa menggalakkan komunikasi dan kerjasama yang jelas antara lebih 800 kakitangan di Malaysia untuk mewujudkan persekitaran kerja yang optimum untuk semua.”
Mengenai Top Employer
Pengiktirafan sebagai Top Employer dianugerahkan melalui pensijilan tahunan daripada Top Employer Institute, yang merupakan organisasi global yang bebas mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan dan penawaran sumber manusia.
Program ini memperakui dan mengiktiraf 2,053 Top Employer di 121 negara/rantau di lima benua sebagai tempat terbaik untuk bekerja di dunia, antara lain memastikan persekitaran kerja yang cemerlang, peluang untuk pertumbuhan, budaya syarikat dan keseimbangan kehidupan kerja.
Anugerah ini diberikan oleh Top Employer Institute untuk mengiktiraf majikan terkemuka di seluruh dunia yang menyediakan keadaan kerja terbaik untuk pekerja. Program Top Employer Institute memperakui organisasi berdasarkan penyertaan dan hasil Tinjauan Amalan Terbaik Sumber Manusia (HR) mereka. Pemenang ini dipilih berdasarkan 20 topik termasuk Strategi Pengurusan Manusia, Persekitaran Kerja, Perolehan Bakat, Pembelajaran, Kepelbagaian, Ekuiti & Inklusif, Kesejahteraan dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Top Employer Institute David Plink berkata, “Masa yang luar biasa mampu mencungkil bakat yang terbaik dalam individu dan organisasi. Kami telah menyaksikan perkara ini dalam Top Employers Certification Program kami tahun ini: prestasi luar biasa daripada Top Employer yang diperakui pada 2023. Majikan-majikan ini sentiasa menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap pembangunan dan kesejahteraan pekerja mereka. Dengan berbuat demikian, mereka secara kolektif memperkayakan dunia pekerjaan. Kami berbesar hati untuk mengumumkan dan meraikan kumpulan majikan berorientasikan rakyat yang terkemuka tahun ini: Top Employer 2023 (Majikan Terbaik 2023).”
Read More News @LatestMalaysia
Malaysians Excited For Bright Vachirawit’s Visit To Kuala Lumpur
Thai actor and model, Bright Vachirawit is popular among Malaysians. He has starred in a number of popular Thai shows that captivated the world. Furthermore, he has also modelled for Burberry in the past. MORE
More Images – Novartis

