KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – Untuk membawa industri sukan Malaysia ke peringkat seterusnya, Pioneer Sports Management (M) Sdn Bhd, pakar acara badminton terkenal, hari ini menggesa sektor swasta supaya proaktif dalam menerajui lebih banyak acara/perlawanan peringkat akar umbi.
Acara sukan akar umbi yang diterajui oleh sektor swasta secara tidak langsung dapat membantu mengenal pasti dan memupuk bakat muda yang berpotensi bakal menyerlahkan keupayaan Malaysia dalam melahirkan juara, bukan sahaja dalam badminton tetapi juga dalam semua kategori.
Komen ini bertepatan berikutan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Puan Hannah Yeoh baru-baru ini bahawa penglibatan sektor swasta adalah penting kerana pembiayaan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk pembangunan sukan di Malaysia.
Peranan lebih besar untuk pembangunan sukan Malaysia
Chan Chong Ming, Pengarah Pioneer Sports Management (M) Sdn Bhd, berkata, “Kami di Pioneer Sports sentiasa percaya pembangunan sukan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Tidak kira apa industri mereka, sektor swasta harus bekerjasama dengan komuniti sukan tempatan dan Kementerian untuk menerajui acara sukan yang menarik minat mereka.”
“Acara itu tidak seharusnya terhad kepada peringkat negeri atau seluruh negara. Ia boleh juga menjadi acara antarabangsa di mana peserta asing dialu-alukan untuk menyertainya. Ini dapat menyediakan bakat muda dengan platform untuk mengasah kemahiran dan daya tahan mereka,” katanya.
Menurut Chan, sektor swasta boleh menganggap penglibatan mereka dalam sukan sebagai tanggungjawab sosial di samping menggiatkan semula industri sukan negara dengan pelbagai kejohanan yang boleh disertai oleh atlet khususnya atlet muda. Usaha dalam menerajui kejohanan badminton peringkat akar umbi untuk memupuk bakat-bakat muda yang menyinar harus dipuji. Kami berharap ini akan mendorong lebih banyak syarikat swasta untuk memainkan peranan dalam pembangunan sukan negara,” katanya.
Pioneer Sports diterajui oleh bekas pemain kebangsaan, termasuk Wong Choong Hann, pengarah kejurulatihan semasa untuk pasukan badminton kebangsaan Malaysia; Chew Choon Eng; Lee Wan Wah; dan Chan Chong Ming sentiasa aktif dalam mencungkil bakat muda yang berpotensi tinggi.
Syarikat ini telah menganjurkan Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin untuk tahun keempat. Acara tersebut baru-baru ini berlangsung di Pusat Badminton Sunsuria-Pioneer di Kota Damansara dari 6 Mac 2023 hingga 9 Mac 2023.
Kejohanan empat hari itu telah menarik lebih 1,500 peserta dari pelbagai negeri dan semua lapisan masyarakat. Terdapat enam kategori dengan kumpulan umur yang berbeza dalam setiap kategori. Kategori ini termasuk Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki, Beregu Perempuan, Beregu Campuran dan Ibu Bapa & Anak.
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:
| Juara | |
| Ibubapa& Anak (=U14) | JAVIER NG+NG INN SIN |
| GD U21 | HOE SHI YUN+MYISHA BINTI MOHD KHAIRUL |
| GD U16 | CARINE TEE XIN QI+TAN XIN YU |
| GD U14 | JACLYN LEE JIA NING+LEE MUN |
| GD U12 | CHU JING XUAN+IVY LIAU XIN YI |
| GD U10 | KO ZHI CHING+LIM XUE ER |
| BD U21 | WEE YEE HERN+WEE YEE TERN |
| BD U16 | DANIEL TAN YING ENN+MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN YUSOF DANEEL |
| BD U14 | LIEW TIAN HAO+UNGKU AMEER ALIFF |
| BD U12 | DANI SYAFI BIN ZAIDI+PUTRA ASSOLIHIN BIN MOHAMAD HAMIM |
| BD U10 | LEE ZHI HAO+NUQMAN AL IMAN BIN MOHD NOOR AZRIQ |
| XD U21 | MU’AZZAM DANISH BIN HANAFI+ISABEL LIAU BEI YI |
| GS U21 | TAN ZHING HUI |
| GS U16 | DANIA SOFEA BINTI ZAIDI |
| GS U14 | ONG XIN RU |
| GS U12 | CHU JING XUAN |
| GS U10 | LIM EN YU |
| BS U9 | LIU YI KANG |
| BS U8 | NEMALRISHY KUNALAN |
| BS U21 | SOH PING CHUAN |
| BS U16 | LOH ZIHENG |
| BS U15 | MUHAMMAD RAZIN AQEEF BIN DONI |
| BS U14 | LUCAS LEE KHYE LUEN |
| BS U13 | NG HAOTONG |
| BS U12 | DERRICK LEUNG JIN WEN |
| BS U11 | JULIUS YEO KEN HONG |
| BS U10 | JORUS LEE YI HNG |
Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2023 telah diluluskan oleh Persatuan Badminton Malaysia dan disokong oleh Persatuan Badminton Selangor. Felet adalah penaja peralatan acara itu, manakala 100 Plus adalah penaja minuman.
Read More News @LatestMalaysia
Why Is PH Slow In Responding To Opposition Slander?
Netizens asked Bangi MP why is unity gov’t and the PH slow in responding to slander and fake news spread by PN MPs and cybertroopers…
More Images


