//

MOT Mengeluarkan Lesen Vokasional PSV (E-hailing)

1 min read
Lesen Vokasional, gig workers, e-hailing drivers
Photo: Grab

YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam atau Public Service Vehicle (PSV) kepada seramai 300 orang calon pemandu e-Hailing.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) optimis dengan menyediakan inisiatif berikut bagi menyelesaikan masalah kekurangan pemandu yang kompeten dalam sektor kenderaan pengangkutan awam. Majlis pada hari ini juga merupakan usaha sama Kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta rakan strategik penyedia perkhidmatan e-hailing iaitu Grab Malaysia.

Inisiatif Baru

Secara amnya, penerima Lesen Vokasional PSV pada hari ini adalah sebahagian daripada 2,295 orang keseluruhan calon daripada Grab Malaysia, di mana 210 orang daripadanya adalah daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Inisiatif ini adalah selaras dengan pengumuman MOT terhadap dua (2) perkara penambahbaikkan yang melibatkan dasar iaitu had usia maksima penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, berkuatkuasa dari 1 Januari 2023 dan penambahbaikan prosedur Lesen Vokasional dengan pemansuhan ujian teori.

Sayugia dimaklumkan, kepada mereka yang ingin memiliki Lesen Vokasional PSV, boleh mendaftar di Institut Memandu dan eHailing Operator (EHO) yang berdekatan di seluruh negara. Ini adalah penting bagi pemandu e-Hailing untuk memiliki Lesen Vokasional PSV e-Hailing yang mana syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ adalah bagi memastikan kesahihan dan integriti calon dalam aspek keselamatan jalan raya.

Lesen Vokasional

Diharapkan usaha ini akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat seterusnya membantu dan memudah cara ekonomi gig dan para pemandu e-Hailing dalam aspek ekosistem sektor perkhidmatan pengangkutan sebagai penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Read More Interesting Breaking News @asiah-tahar

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

Wee Ka Siong BASHED For Conflicting Statements on Air Fares

Another netizen realized that Wee Ka Siong did not do his due diligence properly when critiquing his opponent. Apparently, the airfares are business class fares, and to make it worse, he searched for a Malaysia Airlines flight on the AirAsia super app.…

Leave a Reply

Previous Story

Introducing Setel Lite: The New, Lighter Way To Pay For Fuel

Next Story

Is PAS-PN Overconfident in Kedah in 2023 PRN?

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights