/////

New: Nilai Runcit Industri Vape Malaysia MENINGKAT Kepada RM3.48 BILION

2 mins read
Vape

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2023 – Nilai runcit industri vape Malaysia telah berkembang secara mendadak sebanyak kira-kira 53% daripada RM2.27 bilion pada 2019 kepada anggaran RM3.48 bilion pada 2023. Perkara ini didedahkan oleh Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) hari ini ekoran bilangan pengguna telah meningkat disebabkan oleh ramai perokok beralih kepada vape.

Penemuan ini adalah sebahagian daripada Kajian Industri Vape Malaysia 2023 DPVM, yang mendedahkan industri vape Malaysia dengan pantas telah mengubah permainan industri dan mengganggu pasaran rokok kerana 31% perokok Malaysia telah beralih sepenuhnya kepada vape manakala 69% perokok menggunakan vape yang mana separuh daripada mereka menggunakan vape untuk berhenti merokok.

Nilai industri vape Malaysia meningkat 

Laporan itu juga menyaksikan sumbangan sektor itu kepada ekonomi meningkat dengan ketara berikutan bilangan tenaga kerja yang diambil bekerja dalam industri tersebut.

Ridhwan Rosli, Setiausaha Agung DPVM, berkata, “Kajian kami jelas menunjukkan bahawa industri vape terus berkembang dari masa ke semasa. Selain daripada menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara dan membantu perokok berhenti merokok, ia juga telah membantu pertumbuhan usahawan tempatan dan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di seluruh rantaian bekalan, secara langsung dan tidak langsung.”

“Kami tertarik oleh komitmen Kerajaan untuk mengawal selia industri vape melalui pengenalan rangka kerja percukaian dan pembentangan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Rang Undang-undang). Walau bagaimanapun, dasar Generasi Penamat (GEG), yang merupakan sebahagian daripada Rang Undang-undang membimbangkan DPVM.”

“Kebimbangan utama kami adalah potensi kesan buruk dari segi ekonomi ke atas sektor ini. Industri vape sedang mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan ramai usahawan Bumiputera mencari peluang dan mata pencarian dalam pasaran ini. Melaksanakan dasar GEG boleh membantutkan pertumbuhan ini, menyebabkan kehilangan pekerjaan dan menjejaskan kehidupan ramai individu, terutama mereka dalam komuniti Bumiputera.

“Ia juga akan menghantar mesej yang salah kepada perokok dengan meletakkan vape dalam kategori yang sama seperti rokok, yang secara tidak langsung akan menghalang perokok untuk beralih kepada vape untuk berhenti merokok.”

Data untuk Kajian Industri Vape Malaysia 2023 diperoleh melalui dua cara iaitu penglibatan langsung dengan pemain industri dan tinjauan pengguna dalam talian. Penemuan daripada kajian industri menunjukkan bahawa bilangan perniagaan vape telah berkembang sejak beberapa tahun lalu. Pada masa ini, kira-kira 7,500 kedai runcit am menjual produk vape dan 2,500 kedai runcit. Tenaga kerja juga telah meningkat daripada 15,000 kepada 31,500 pada tahun 2022.

Hasil daripada kajian pengguna termasuk:

  • Bilangan pengguna vape yang menggunakan sistem terbuka dan sistem tertutup telah menurun daripada 77% dan 23% pada 2019 kepada 50% dan 18% pada 2023, manakala sistem pakai buang dengan pantas mendapat bahagian pasaran sebanyak 32%.
  • Jumlah purata yang dibelanjakan untuk sistem terbuka/tertutup dianggarkan sebanyak RM2.56 bilion setahun manakala perbelanjaan untuk produk pakai buang dianggarkan sebanyak RM925 juta setiap tahun. 
  • 34% pengguna vape lebih suka e-cecair nikotin sahaja, manakala 28% lebih suka e-cecair tanpa nikotin. Lebih kurang 38% menggunakan kedua-duanya.
  • Lebih kurang 95% menggunakan sehingga 40mg jumlah nikotin setiap mililiter (ml) dalam e-cecair mereka.
  • Pengguna memilih vape kerana ia kurang memudaratkan berbanding rokok (45%), membantu berhenti merokok (45%) dan lebih murah daripada menghisap rokok (36%).

Ridhwan juga menambah, Malaysia terkenal di peringkat antarabangsa kerana kepakarannya dalam mengeluarkan produk vape berkualiti tinggi, khususnya e-cecair.

“Ini meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh untuk menarik pelaburan langsung asing yang berkualiti ke dalam negara, sekali gus mengukuhkan ekosistem perniagaan vape.”

“Matlamat Kajian Industri Vape Malaysia 2023 adalah untuk menyediakan Kerajaan dengan data industri terkini untuk diambil kira semasa merangka undang-undang untuk industri,” kata Ridhwan Rosli.

Untuk memuat turun laporan penuh, layari laman web DPVM di  laman web atau Facebook

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

More Images

Vape

Leave a Reply

Previous Story

New ’Wan’ and only Nasi Lemak Merdeka

Next Story

New: Grab Driver Killed in Elmina Crash

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights