//////

TRADA Galakkan Belia Sarawak Sumbang ke Industri Minyak Sawit Lestari 

1 min read
TRADA gesa Belia Sarawak untuk menjadi sebahagian daripada Pemacu Minyak Sawit Mampan Malaysia
Joseph Janting, President of TRADA.

Kuching, Sarawak, 27 Jun 2024 – Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) hari ini menyeru belia Sarawak untuk memberi sokongan kepada industri minyak sawit mampan Malaysia.

Memandangkan tahap komitmen Malaysia terhadap kemampanan adalah sangat tinggi, terutamanya dengan pelaksanaan skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), TRADA memberi sokongan kepada industri untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menyediakan mata pencarian yang signifikan untuk pekebun kecil, termasuk masyarakat Dayak.

Kenyataan dari President TRADA

Joseph Janting, Presiden TRADA berkata “Minyak sawit mampan memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia, menyumbang kepada penawaran pekerjaan dan pendapatan untuk pekebun kecil. Bagaimanapun, amalan pengeluaran minyak sawit yang tidak mampan boleh mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar, termasuk penebangan hutan, kehilangan habitat, dan kepupusan biodiversiti.” 

“Dengan melibatkan belia Sarawak dalam gerakan minyak sawit mampan, kita boleh memupuk generasi baharu pemimpin yang prihatin terhadap alam sekitar yang komited untuk memacu perubahan positif dalam komuniti mereka.

Kami percaya bahawa belia Sarawak mempunyai semangat, kreativiti dan keazaman untuk menerajui minyak sawit lestari Malaysia. Dengan memperkasakan belia kita untuk memperjuangkan amalan pertanian mampan, kita mampu mencipta masa depan yang lebih cerah dan lebih mampan untuk komuniti kita,” tambahnya.

Seruan TRADA ini bersesuaian di saat Malaysia sedang berusaha untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, Malaysia mempunyai peluang unik untuk memimpin melalui teladan dan menetapkan standard bagi pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Sekitar 96% daripada ladang sawit Malaysia kini diperakui MSPO di bawah skim Minyak Sawit Mampan Malaysia. Tambahan pula, tindakan kerajaan yang positif telah diteruskan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan peraturan had kawasan ladang  ditubuhkan pada 2019 hingga 2023, dan undang-undang perhutanan baharu digubal pada 2022 bagi memperketatkan hukuman bagi pembalakan haram.

Inisiatif yang laksanakan oleh kerajaan Malaysia dan syarikat minyak telah menampakkan hasilkan apabila kira-kira 83% daripada kapasiti penapisan minyak sawit kini beroperasi di bawah komitmen ‘Tiada Penebangan Hutan, Gambut dan Eksploitasi (NDPE)’.

Inisiatif ini telah menyaksikan kadar penebangan hutan di Malaysia semakin rendah, berdasarkan laporan Global Forest Watch terdapat pengurangan mendadak dalam kehilangan hutan, dan menunjukkan bahawa pembalikan penebangan hutan boleh dicapai.

TRADA mahu menggerakkan belia Sarawak dalam usaha menyokong inisiatif minyak sawit yang mampan. Dengan memanfaatkan tenaga dan semangat pemimpin muda, TRADA berharap untuk memangkin pergerakan seluruh negara ke arah industri minyak sawit yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

TRADA gesa Belia Sarawak untuk menjadi sebahagian daripada Pemacu Minyak Sawit Mampan Malaysia
Joseph Janting, President of TRADA.

Leave a Reply

Previous Story

New: PKR founding member Syed Husin in critical condition

Next Story

Oversharing Now Leads to Betrayal by Best Friend and Boyfriend Due to His Private Part Size 

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights