//////

Jiwa untuk Semua Sempena Merdeka

1 min read
Jiwa merdeka
Crispy Lemon Chicken

Kuala Lumpur, 09 August 2024 – Sempena sambutan, De.Wan 1958 oleh Chef Wan akan memperkenalkan menu set Jiwa Muhibbah, yang reka khusus bagi membangkitkan semangat kebersamaan dan kebanggaan kepada negara. Menu eksklusif ini, yang direka oleh Chef Wan yang juga turut dikenali sebagai Datuk Redzuawan Ismail adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang melalui kecintaan bersama terhadap makanan.

jiwa
Ikan siakap stim Nonya

Menu set Jiwa Muhibbah menampilkan pilihan hidangan lezat yang menonjolkan warisan kulinari yang pelbagai di Malaysia, termasuk Ikan Siakap Stim Nyonya, Daging Salai Lemak Cili Padi, Ayam Lemon Rangup, Sotong Kari Masala, dan Tempe Goreng. Setiap hidangan telah dipilih dengan teliti bagi mewakili kesatuan berbagai budaya, menampilkan pengaruh dari masakan Melayu, Cina, dan India.

Jiwa untuk semua sempena Merdeka

Sesi pengenalan eksklusif menu set Jiwa Muhibbah diadakan untuk media hari ini oleh Muhammad Nazri bin Redzuawan, yang lebih dikenal sebagai Chef Riz, Executive Sous Chef di De.Wan 1958, yang juga memberikan penerangan mendalam dan sejarah di balik setiap hidangan.

jiwa
Set Jiwa Muhibbah

Chef Riz berkata, “Menu set Jiwa Muhibbah adalah cerminan warisan kulinari kita yang pelbagai dan semangat kebersamaan yang mendefinisikan Malaysia. Setiap hidangan telah dipilih dan disiapkan dengan teliti bersama pengasas bersama kami, Chef Wan, untuk meraikan keunikan dan menyatukan orang ramai dalam semangat sebenar ‘muhibbah’.” 

jiwa
Daging Salai Lemak Cili Padi

“Kami berharap para pengunjung bukan sahaja dapat menikmati makanan yang lazat tetapi juga rasa bangga dengan keharmonian dan keunikan negara kita. Kami juga berhasrat untuk menjadi tempat makan pilihan untuk semua rakyat Malaysia dan pelancong asing agar mereka dapat merasai perkhidmatan dan rasa terbaik yang ditawarkan oleh F&B Malaysia,” katanya.

jiwa
Sotong Kari Masala

Menu set Jiwa Muhibbah akan mula dijual dari 17 Ogos hingga 30 September di semua cawangan De.Wan 1958 dan boleh didapati dengan harga RM588++ untuk 4 orang dan RM1188++ untuk 10 orang.

Para pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan awal bagi Menu Set Merdeka istimewa ini. Lawati dewan.space atau emel info@dewan.space untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Jiwa merdeka
Crispy Lemon Chicken

Leave a Reply

Previous Story

Diesel Price Cut by 5 Sen in Peninsular Malaysia

Next Story

Users Upset at Indonesian Mocking Malaysia for Not Winning Gold in Olympics

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights