//////

Novartis Malaysia Diiktiraf untuk ‘Community Impact in Cancer Care’  

2 mins read
Novartis Malaysia Diiktiraf untuk ‘Community Impact in Cancer Care’  
Mohamed Elwakil received the Community Impact in Cancer Care Award at the National Cancer Congress Malaysia (NCCM), presented by Health Minister YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
  • Novartis Malaysia menerima anugerah ‘Community Impact in Cancer Care’ dalam Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia (NCCM), yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 
  • NCCM, anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), menyerlahkan lagi usahanya untuk menambah baik landskap kanser di Malaysia.
  • Kepentingan perkongsian awam-swasta ditekankan oleh penceramah-penceramah utama dan ahli-ahli panel yang percaya bahawa kerjasama pelbagai pihak adalah kunci ke arah negara yang lebih sihat.

Petaling Jaya, 19 Ogos 2024 – Novartis Malaysia dihargai dengan anugerah ‘Impak Komuniti dalam Penjagaan Kanser’dalam Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia 2024 (NCCM) yang julung kali diadakan. Anugerah yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merupakan kemuncak kepada inisatif pelbagai aspek oleh Novartis Malaysia dan kerjasama bersama NCSM selama ini.

NCCM, anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), bertumpu kepada“Merapatkan Jurang, Membina Harapan, Memperkasa Kehidupan” dan menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan untuk menangani isu-isu yang meruncing dalam penjagaan kanser. Pentas yang tersedia ini memudahkan perbincangan yang mendalam antara profesional penjagaan kesihatan, penggubal dasar, penyokong penjagaan kesihatan, ahli akademik, dan sektor swasta  mengenai kanser dancara-cara meningkatkan hasil pendekatannya.

Novartis Malaysia diiktiraf untuk ‘community impact in cancer care’

Novartis Malaysia Diiktiraf untuk ‘Community Impact in Cancer Care’
Novartis Malaysia partners with the National Cancer Society Malaysia (NCSM) to co-create an upcoming counselling feature on iCanCare.

Pada majlis yang diadakan dengan kerjasama Sunway University itu, YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menekankan kepentingan untuk bekerjasama dalam memajukan penjagaan kanser dan menambah baik hasil rawatan yang diterima oleh pesakit. Agenda NCCM itu sejajar dengan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Program Kawalan Kanser 2021-2025, yang memberikan focus kepada aspek pencegahan dan kawalan kanser melalui pendekatan yang holistik.

Ucapan-ucapan turut disampaikan oleh perwakilan Novartis Malaysia ke NCCM, termasuklah Pengarah Hal Ehwal Awam Malaysia, Jegatheswaran Panderengen dan Pengarah Hal Ehwal Perubatan Malaysia, Dr Sethi Balraj mengenai penambahbaikan landskap kanser payudara melalui kerjasama antara sektor awam-swasta dan etika kerjasama. 

Mohamed Elwakil, Presiden Novartis Malaysia dan Brunei, melahirkan penghargaannya atas pengiktirafan yang diterima, serta menegaskan komitmen berterusan syarikat itu untuk menambah baik kehidupan pesakit kanser payudara melalui terapi-terapi yang inovatif dan kerjasama yang memberi impak. Beliau berkata:

“Di Novartis Malaysia, kami percaya bahawa perlunya memberi khidmat yang jauh lebih baik secara bersama-sama demi pesakit. Kerjasama dengan pihak berkepentingan yang bertepatan akan membolehkan kami memenuhi tekad dalam menambah baik dan memanjangkan kehidupan rakyat Malaysia.

Kanser payudara adalah kanser yang paling serong menyerang wanita Malaysia1. Di samping  menyediakan terapi yang inovatif, kami juga menyedari terdapat keperluan lain yang belum dipenuhi. Ini mendorong kami mewujudkan kerjasama yang bermakna dan berkesan untuk merapatkan jurang tersebut. Pengiktirafan NCSM ke atas usaha kami yang memberi impak dalam komuniti kanser benar-benar menginspirasikan dan menyemarakkan semangat kami untuk terus membawa perubahan kepada pesakit-pesakitkanser payudara di negara ini.

Selain jalinan kerjasama, kami juga penyokong kuat kepada inovasi. Dalam NCCM, kami berbesar hati untuk berganding bahu menjayakan satu lagi inisiatif bersama NSCM melalui pengenalan ciri kaunseling dalam aplikasi ICanCare. Penambahbaikan pada aplikasi ini akan menjadikannyasebagaiplatform yang lebih komprehensif untuk membantu perjalanan hidup pesakit-pesakit kanser.”

1 dalam 19 wanita Malaysia berisiko untuk menghidap kanser payudara dan merupakan kanser yang paling lazim didiagnosis dalam kalangan wanita daripada semua kumpulan etnik. Menurut laporan GLOBOCAN 2020, kanser payudara menyumbang 32.9% daripada jumlah keseluruhan kes kanser dalam kalangan wanita Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan, lebih separuh (52.2%) wanita Malaysia yang menghidap kanser payudara tahap teruk berumur di bawah 50 tahun2, dan keadaan ini menyumbang kepada kadar  kematian yang lebih tinggi. 

Oleh itu, inovasi digital seperti ICanCare amat penting dalam membantu pesakit dan penjaga mengharungi kerumitan penyakit ini. Selain menyediakan sumber pendidikan, peralatan atau kelengkapan yang praktikal, dan direktori, kehadiran ciri kaunseling dalam aplikasi ini juga akan membolehkan pesakit menerima sokongan psikologi yang sangat diperlukan.

Dengan kadar penembusan telefon pintar di Malaysia sebanyak 89%, aplikasi yang tersedia secara percuma di App Store Apple atau Google Play ini juga berpotensi memberi perkhidmatan kepada pesakit kanser yang tidak mempunyai akses mudah kepada doktor khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Novartis Malaysia Diiktiraf untuk ‘Community Impact in Cancer Care’  
Mohamed Elwakil received the Community Impact in Cancer Care Award at the National Cancer Congress Malaysia (NCCM), presented by Health Minister YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Leave a Reply

Previous Story

Homeless Woman Now ARRESTED in JB for POSING as Ghost

Next Story

Immigration Officer Criticised for Harsh Behavior Toward Woman with Baby

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights