Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024 – Café Chef Wan dengan sukacitanya mengumumkan Promosi Nasi Lemak Merdeka yang sangat popular bakal kembali sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.
Berdasarkan kejayaan promosi tahun lepas, Café Chef Wan sekali lagi menawarkan Nasi Lemak, hidangan kebangsaan yang digemari seluruh rakyat Malaysia, dengan harga hanya RM16.
Hidangan klasik ini menampilkan nasi lemak yang wangi, sambal pedas, ikan bilis goreng rangup, kacang tanah panggang, telur rebus, dan hirisan timun segar, yang menggambarkan kekayaan warisan kulinari yang mendefinisikan Malaysia.
Semangat Merdeka sejati kini kembali

Café Chef Wan menawarkan dua pilihan tambahan yang menarik untuk Nasi Lemak. Pengunjung boleh menikmati Ayam Percik, iaitu ayam panggang yang lembut dan diperap dengan campuran rempah panggang yang kaya pada harga tambahan RM12. Sebagai alternatif, mereka boleh menikmati Rendang Daging Selangor, iaitu rendang daging ala Selangor yang enak, dimasak sacara perlahan bersama santan, serai, dan rempah-rempah aromatik, pada harga tambahan RM16. Menu tambahan ini disediakan untuk melengkapkan Nasi Lemak dan memberikan pengalaman makan yang lebih bermakna.
Datuk Redzuawan bin Ismail, yang lebih dikenali sebagai Chef Wan, menyatakan kegembiraannya terhadap promosi ini: “Kami sangat teruja untuk membawa kembali Promosi Nasi Lemak Merdeka tahun ini, hidangan yang mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Malaysia. Nasi Lemak bukan sekadar hidangan; ia adalah keraian budaya Malaysia yang kaya dan pelbagai. Kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menikmati hidangan yang melambangkan semangat Merdeka dan warisan kita bersama.”
Promosi Nasi Lemak Merdeka memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkumpul dan meraikan sambutan Merdeka dengan hidangan yang mencerminkan semangat kemerdekaan dan kebanggaan negara. Sama ada dinikmati bersama keluarga, rakan, atau rakan sekerja, promosi ini menawarkan kaedah terbaik melalui makanan untuk menghormati warisan Malaysia.
Café Chef Wan mengalu-alukan semua untuk mengunjungi cawangan mereka dari 17 Ogos hingga 30 September 2024, untuk menikmati Promosi Nasi Lemak Merdeka dan turut serta dalam sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Café Chef Wan di http://www.cafechefwan.my dan dapatkan ganjaran dengan memuat turun aplikasi chef selebriti pertama Malaysia, Chef Wan Cooks. Direka untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera pelanggan Café Chef Wan, aplikasi ini merangkumi ciri-ciri seperti penjejakan mata, penebusan hidangan, pra-pesanan dalam talian, ganjaran eksklusif, maklum balas, dan banyak lagi.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


