Kuching, Sarawak, 17 Oktober 2024 — Seiring dengan komitmennya untuk menambah baik kehidupan komuniti sekitar, Ibraco Berhad (Ibraco) telah berjaya memberi manfaat kepada 315 keluarga kurang berkemampuan melalui program sokongan dan jangkauan komuniti yang sedang dilaksanakan.
Bekerjasama dengan HOPE Place, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menumpukan usaha untuk membantu komuniti yang memerlukan, bekalan makanan asas dan barangan harian telah diagihkan kepada keluarga yang menghadapi masalah kewangan di sekitar bandar.
Selain itu, Ibraco juga turut menyediakan ruang niaga percuma kepada HOPE Place bagi mengendalikan Kedai Bajet, bertujuan menjual barangan terpakai dan mengumpul dana bagi membeli keperluan untuk mereka yang berada di bawah jagaan organisasi tersebut.
Ibraco dan CSR

Datuk Chew Chiaw Han, Pengarah Urusan Kumpulan Ibraco Berhad, berkata, “Sebagai warga korporat bertanggungjawab dan organisasi yang mementingkan kelestarian, Ibraco percaya bahawa memainkan peranan aktif dalam mengurangkan ketidaksamaan sosial adalah penting dengan membantu komuniti memerlukan di sekitar kawasan operasi kami.”
“Kami juga faham bahawa usaha tanggungjawab sosial korporat perlu konsisten dan mempunyai fokus jangka panjang agar dapat memberikan impak positif yang nyata kepada masyarakat secara keseluruhan. Oleh sebab itu, program jangkauan komuniti tahun ini telah memasuki tahun kelapan melalui kerjasama berterusan kami dengan HOPE Place,” tambah beliau.
Sejak tahun 2017, Ibraco dan HOPE Place telah membantu lebih daripada 2,000 keluarga yang memerlukan, memberi impak kepada masyarakat sekitar dan 10,000 individu di seluruh Negeri Sarawak.
Encik Kevin Wan daripada HOPE Place berkata, “Ibraco adalah rakan kongsi yang berdedikasi dan berkongsi visi kami dalam memberi harapan dan menyentuh kehidupan komuniti demi masa depan yang lebih baik.”
Menyampaikan mesej
“Sebelum melaksanakan program jangkauan komuniti ini, pasukan kami telah mengambil masa dan usaha untuk berinteraksi dengan komuniti tempatan bagi memahami sepenuhnya keperluan mereka. Usaha tambahan ini bukan sahaja praktikal tetapi juga menyampaikan mesej bahawa ada yang peduli dan sudi membantu.”
“Inisiatif Ibraco dalam memperbaiki kehidupan komuniti adalah inspirasi kepada semua, dan kami berharap lebih ramai warga korporat akan tampil untuk membantu mewujudkan masyarakat yang harmoni, adil, dan lestari,” kata Encik Kevin Wan.
Table of Contents
Read More LM News
Read More News on Business News Malaysia
Follow us on:
Read More News #latestmalaysia
Read More News on Business News Malaysia

