//////

Kerajaan Perlu Pertimbangkan Kesan Larangan Pameran Terhadap Ekosistem Industri Vape Malaysia 

1 min read
Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.
Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.

KUALA LUMPUR, 15 November 2024 – Kumpulan advokasi Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) menyeru kerajaan Malaysia agar meneliti dengan lebih mendalam kesan larangan pameran produk vape yang diperkenalkan di bawah Akta 852 terhadap keseluruhan ekosistem industri vape, termasuk kesan ekonomi tempatan dan tenaga kerja.

MVIA bimbang bahawa larangan ini bukan sahaja menjejaskan peniaga individu tetapi juga membawa impak besar kepada keseluruhan rantaian nilai, termasuk usahawan Bumiputera, pekerja industri, dan pelbagai penyokong perniagaan yang terlibat dalam sektor ini.

Kerajaan didesak pertimbangkan implikasi larangan pameran vape

Presiden MVIA, Rizani Zakaria, menegaskan, “Industri vape di Malaysia merangkumi pelbagai sektor – daripada pembuatan, pengedar, hingga peruncit. Larangan pameran produk akan memberi kesan berantai yang akan menjejaskan bukan sahaja pendapatan peniaga, tetapi juga mengurangkan potensi pengembangan industri serta peluang pekerjaan, terutama sekali kepada komuniti Bumiputera yang bergantung kepada industri ini sebagai sumber rezeki.”

Menurut Rizani, larangan pameran di kedai jualan akan membebankan peruncit oleh sebab pengubahsuaian akan melibatkan kos yang banyak. Ini adalah satu cabaran yang ketara terutamanya kepada pengusaha kecil dan sederhana, yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan Bumiputera.

“Peraturan larangan pameran ini bukan sahaja membebankan peniaga, tetapi ia juga akan menjejaskan ekosistem perniagaan secara keseluruhan, kerana ramai pihak industri akan menghadapi tekanan kewangan yang tinggi,” tambah beliau.

MVIA menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan langkah-langkah pengawalan yang lebih menyeluruh agar dapat mencapai keseimbangan antara melindungi kesihatan awam sambil tidak menjejaskan daya maju ekonomi sektor ini. 

“Kami berharap pihak kerajaan dapat mengkaji semula peraturan ini dan melihat kesan jangka panjangnya kepada ekosistem industri vape serta kesannya kepada golongan yang bergantung hidup kepada industri ini,” kata Rizani.

Sebagai organisasi yang menjuang kepentingan industri vape di Malaysia, MVIA akan terus menyokong usahawan tempatan dan bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan peraturan yang adil dan mampan dalam industri ini.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.
Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.

Leave a Reply

Previous Story

Tujuh Tandas Terbaik Menangi Anugerah ‘Toilet of The Year’

Next Story

MCMC Investigates Student for Selling Explicit Videos on X for RM150

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights