• Lebih 100 peserta berkumpul di Central Piazza, KL Gateway Mall, untuk Hari Psoriasis Sedunia 2024 di bawah tema “Kulit Sihat, Keluarga Bahagia.”
• Persatuan Psoriasis Malaysia (PAM) menganjurkan sesi bual bicara, saringan kesihatan, dan bengkel, bagi memperkasakan pesakit dan keluarga mereka dengan kaedah-kaedah praktikal dan sokongan.
• Acara ini memberi penekanan peranan penting keluarga dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyokong pengurusan psoriasis yang lebih berkesan.
Kuala Lumpur, 28 November 2024 – Peranan dan sokongan keluarga dalam pengurusan psoriasis menjadi fokus utama pada acara Hari Psoriasis Sedunia 2024 yang berlangsung pada 9 November di KL Gateway Mall baru-baru ini.
Acara ini, yang dianjurkan oleh Persatuan Psoriasis Malaysia (PAM), bertujuan untuk memberi harapan dan ketabahan kepada individu yang hidup dengan psoriasis dengan menekankan kuasa penglibatan keluarga dalam meringankan beban fizikal dan emosi yang ditanggung oleh pesakit.
“Psoriasis bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi juga keluarga mereka,” kata Dr. Azura Mohd Affandi, Penasihat Perubatan PAM. “Dalam keluarga memberi sokongan kepada orang tersayang, mereka juga sebenarnya menghadapi cabaran emosi seperti kebimbangan, kesedihan, dan stigma sosial.”
Tema tahun ini, Kulit Sihat, Keluarga Bahagia, menekankan bagaimana sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan bagi mereka yang terkesan dengan psoriasis.
Penglibatan keluarga bukan sahaja terhad kepada penjagaan fizikal tetapi juga membantu dalam pematuhan terhadap rawatan, yang membawa kepada hasil yang lebih baik dan pengalaman yang lebih positif bagi semua pihak yang terlibat.
Apabila pesakit merasakan kelegaan dan kestabilan, keseluruhan keluarga turut berkongsi kegembiraan dan hubungan menjadi lebih erat. Keluarga yang menyokong dan berpengetahuan luas membentuk persekitaran yang positif, membantu pesakit mengatasi simptom fizikal dan jugatekanan emosi.
Ms. Sofia Lovi Ramasamy, Presiden Interim PAM, menekankan komitmen PAM dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma melalui program outreach yang menyasarkan komuniti kurang mendapat perhatian, termasuk keluarga berpendapatan rendah, pelajar sekolah, dan kawasan luar bandar.
“Inisiatif kami adalah untuk memberi pemahaman dan penerimaan yang lebih baik terhadap psoriasis di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Namun, lebih banyak usaha perlu dilakukan. Oleh itu, kami akan memperluas usahamemberi kesedaran melalui penggunaan saluran media sosial dan sumber digital,” ujarnya.
Acara ini turut menekankan keperluan untuk akses yang lebih luas kepada rawatan terkini. Walaupun terapi topikal dan sistemik boleh didapati, akses kepada fototerapi dan rawatan biologi masih terhad. Menurut Dr. Azura, yang juga merupakan Ketua Subkepakaran Dermatologi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, “Akses kepada rawatan biologi di Malaysia boleh dioptimumkan. Berdasarkan Laporan Ke-12 Daftar Psoriasis Malaysia (2020-2022), walaupun 17.6% pesakit dilaporkan mengalami psoriasis yang teruk, hanya 4.4% menerima rawatan biologi.
Rawatan biologi, walaupun mahal, telah menunjukkan peningkatan dalam pengurusan psoriasis kronik dan mampumengurangkan gejala sehingga 90-100%. “Rawatan ini boleh mengubah kehidupan,” jelas Ms. Patrina Tang, Setiausaha PAM. “Misi kami bukan hanya untuk meningkatkan kesedaran; kami berusaha membina empati dan memperluaskan akses kepada rawatan yang membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang bermakna.
Dengan sokongan, mereka yang hidup dengan psoriasis boleh menikmati kehidupan yang berkualiti dan menyumbang kepada komuniti, sekali gus memperkukuhkan masyarakat secara keseluruhan.”
PAM Memperkasakan Sokongan Keluarga sempena Hari Psoriasis Sedunia 2024

Kini, PAM sedang meneroka kerjasama dengan penyedia perkhidmatan kesihatan untuk menjadikan rawatan canggih ini lebih mampu milik dan boleh diakses oleh rakyat Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut termasuk pameran fotografi, sesi bual bicara pakar, dan konsultasi kulit bagi meningkatkan pemahaman awam tentang psoriasis.
Dr. Azura membentangkan penemuan daripada Laporan Daftar Psoriasis Malaysia (2020-2022), yang menyatakan bahawa dari 2007 hingga 2022, daftar tersebut merekodkan 28,795 pesakit psoriasis, dengan 93.6% adalah dewasa dan 6.4% adalah kanak-kanak. Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi, dianggarkan sekitar 117,000 berdasarkan kadar prevalen 0.34% daripada kajian terkini.
Sesi bual bicara awam bertajuk “Psoriasis dan Keluarga” oleh Dr. Moonyza Akmal dari Hospital Kuala Lumpur dan Dr. Siti Nuraihan dari Hospital Selayang mendedahkan bagaimana sokongan keluarga mampu membantu dalam penjagaan pesakit. Penyair muda Yuslina dan Wan Dahlia Qaireen juga menyampaikan puisi dengan penuh emosi, di mana Wan Dahlia yang berusia 13 tahun berkata, “Walaupun saya bukan pesakit psoriasis, saya dapat merasakan kesakitan mereka. Dengan sokongan keluarga, kesakitan ini dapat diatasi.”
Dalam ucapan penutupnya, Dr. K. Thiruchelvam, Penasihat PAM, menekankan komitmen organisasi dalammengurangkan stigma dan memperjuangkan pilihan penjagaan yang lebih baik. “Sokongan keluarga adalah kunci kepada kesejahteraan pesakit psoriasis, membantu mereka menguruskan keadaan dan meningkatkan kualiti hidup.
Melalui kesedaran, pengurangan stigma, dan sokongan dasar, PAM bertujuan membantu pesakit untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.”
Ms. Melissa Hon, Ketua Bahagian Komunikasi & Advokasi Pesakit di Novartis Malaysia, menyatakan kesungguhan syarikatnya untuk meningkatkan hasil rawatan pesakit.
“Di Novartis, kami percaya bahawa meningkatkan kesedaran dan mempersiapkan keluarga adalah penting untuk penjagaan pesakit yang lebih baik. Kami bangga bekerjasama dengan PAM dalam usaha mewujudkan dunia di mana pesakit psoriasis boleh berjaya dengan sokongan daripada keluarga mereka,” katanya.
PAM merakamkan penghargaan yang setulus hati kepada para penaja acara (Boehringer-Ingelheim, Novartis, AbbVie, DKSH, Johnson and Johnson, Pan Malaysian Pools, Kerajaan Negeri Selangor, Ego Pharmaceutical, e’lioe, Cambridge English for Life, Nestle, PPM, RPM, MACP, IG Advertising, Galderma, MooGoo, dan Suu Balm), sukarelawan, penyampai, dan peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan Hari Psoriasis Sedunia 2024.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


