Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu, Negeri Kelantan, Mohammad’ Irfan Mohd Halmi membidas kenyataan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Nazri Aziz yang dilihat gopoh menangguk di air keruh apabila melabelkan Pemuda UMNO hanya mewakili suara kecil kelompok orang Melayu.
“Kenyataan Nazri itu jelas tidak berasas dan bersifat sensasi semata-mata untuk meraih perhatian politik dengan memburukkan Institusi Pemuda UMNO dan cuba menyerang Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia,”
Mohammad’ Irfan Mohd Halmi, yang juga Pengerusi Kelab Bersetia Bersahabat (AZH) Parlimen Kota Bharu Negeri Kelantan. turut mengingatkan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nazri Aziz seharunya sebagai bekas “pemimpin muda, beliau (Nazri) sepatutnya semak dahulu kesahihan berita berdasarkan fakta dan angka yang benar dan bukan bersandarkan yang tidak berasas,” katanya
“Beliau berkata, Nazri bukan sahaja telah membuat kenyataan serta menyindir kepada kepimpinan Pemuda UMNO yang ada pada hari ini, Malah cuba berjinak-jinak menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan untuk memburuk-burukkan UMNO dari luar,”
Ia turut mengingatkan, agar Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu untuk berhenti menjadi suara sumbang, yang cuba melaga-lagakan Institusi Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, terutama dalam kalangan Pemuda,”
“Sebagai seorang pemimpin yang lahir dalam Pemuda UMNO seharunya Nazri menjadi teladan yang baik dengan memperlihatkan keperibadian akhlak mulia dan tidak menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu sebagai mangsa, atau mempertaruhkan ‘harga mahal’ bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu, ujarnya dalam satu kenyataan,”
Terdahulu, media melaporkan Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berhasrat memberi tumpuan untuk menyokong Anwar selepas kembali dari AS, serta memastikan presiden PKR itu kekal menerajui Putrajaya selepas PRU16.
Dalam wawancara berkenaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya jika kebimbangannya mengenai ketiadaan calon pengganti Anwar turut merangkumi Umno, Nazri membalas dengan sinis: “ (Boleh) kamu beritahu saya siapa? Akmal? Kamu beritahu saya siapa.”
Nazri turut menyindir Akmal dengan mengatakan dia hanya mewakili “satu perempat” daripada empat sayap Umno, justeru pandangannya mengenai pelbagai isu tidak boleh dianggap sebagai suara majoriti.
Dalam membalas kenyataan tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mana sayap pemuda parti itu bukan “penjilat cari makan”
Nazri bagaimanapun berkata jika benar dia “menjilat”, Umno yang akan mendapat faedah, termasuk Akmal sendiri sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.
“Kalau saya “menjilat”, yang untung adalah dia, Umno, dan pakatan mereka. Ini kerana, saya sebagai penjilat akan memastikan peluang untuk dia menang di Melaka akan cerah, dan dia mungkin boleh menjadi Exco.
“Jika saya “menjilat”, untung untuk dia, bukan untuk saya,”.
Ketika ditanya lagi mengapa Nazri berpandangan Akmal tidak membawa suara majoriti Melayu, Nazri membalas PAS telah menjadi parti dominan di kalangan golongan itu.
“Jika betul siapa yang mewakili suara Melayu-Islam sekarang, ia adalah PAS. PAS memerintah empat negeri (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) majoriti Islam.
“Di Parlimen, kerusi Melayu yang dipegang PAS jauh lebih banyak berbanding Umno. Itu yang saya katakan, Akmal bukan suara majoriti,”.
Nazri juga membandingkan Akmal dan PAS mengendalikan isu stoking kalimah Allah.
“PAS mengendalikan isu stoking dengan baik tanpa sebarang ketegangan kaum berbanding Akmal dan Pemuda Umno,”
Sebaliknya, tegas Mohammad’ Irfan berkata, sebagai ahli parti Umno saya melihat, kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz itu sendiri tidak mencerminkan beliau sebagai seorang pemimpin dengan nilai kepemimpinan sebenar, malah kenyataan beliau itu sendiri jelas bersifatkan politik dan lebih mementingkan laba politik dan jawatan daripada kepentingan rakyat terlebih dahulu?
Menurutnya lagi Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah membuktikan keberaniannya dalam memperjuangkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti dan perkauman terutama membabitkan isu agama, kaum, dan institusi diraja (3R) serta hak orang Melayu di negara ini.
“Sebagai ahli parti bagi saya sendiri, saya mengambil pendekatan dan pendirian tegas untuk memikul tanggungjawab berdasarkan kemampuan diri masing-masing, lantang dan berani adalah imej sebenar Pemuda UMNO yang lahir zaman ini, bersesuaian dengan konsep Pemuda Cara Kita,”
“Setiap isu yang mencabar kepentingan agama, bangsa dan Negara akan diladeni oleh Pemuda UMNO dengan nadanya yang tersendiri, sehinggakan kadang-kala merunsingkan kepimpinan induk UMNO. Tetapi itulah cara Pemuda UMNO, yang pantang dicabar dan sanggup melakukan apa sahaja demi maruah agama, bangsa dan tanahair,” ujar Mohammad’ Irfan
Sekian, Terima Kasih
MOHAMMAD’ IRFAN BIN MOHD HALMI
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu, Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Kelab Bersetia Bersahabat (AZH) Parlimen Kota Bharu Negeri Kelantan.
*Nota: Artikel ini disumbangkan oleh penulis tersebut dan tidak semestinya mencerminkan pendapat Latest Malaysia.
*Note: This article is contributed by the writer and does not necessarily reflect the opinions of Latest Malaysia.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


