/////

AEON mulakan pembangunan bagi pengembangan pusat beli-belah AEON Seremban 2: Memangkin ekonomi dan gaya hidup

1 min read
AEON mulakan pembangunan bagi pengembangan pusat beli-belah AEON Seremban 2: Memangkin ekonomi dan gaya hidup
YAB Dato' Seri Aminuddin Harun (tengah), Datuk Iskandar Sarudin (ke-3 dari kiri) dan Naoya Okada (ke-3 dari kanan) merasmikan majlis pecah tanah.

Seremban, 16 Julai 2025 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) bakal mengubah landskap peruncitan di Negeri Sembilan dengan pembangunan baharu bagi pengembangan pusat beli-belah AEON Seremban 2 di Negeri Sembilan. Pembangunan baharu ini merupakan sebahagian daripada komitmen AEON untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan ekonomi penduduk Seremban yang semakin berkembang pesat. 

Majlis pecah tanah untuk pembangunan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, bersama Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON CO. (M) BHD., dan Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON.

Pengembangan bangunan baru ini akan melengkapi bangunan pusat beli belah AEON Seremban 2 sedia ada yang telah berkhidmat untuk komuniti setempat sejak 2005. Bangunan baru setinggi empat tingkat termasuk dua tingkat untuk tempat letak kereta itu akan dibina di atas tapak seluas 23.04 ekar yang terletak bertentangan dengan pusat beli-belah yang sedia ada. Kedua-dua bangunan ini akan dihubungkan melalui jambatan pejalan kaki bagi memastikan akses yang mudah dan selesa kepada para pengunjung.

Dengan jumlah keluasan lantai bersih (NLA) lebih 700,000 kaki persegi, pusat beli-belah AEON Seremban 2 akan menjadi pusat beli-belah yang terbesar di Seremban. Pengembangan bangunan baharu ini disasarkan siap pada 2027, manakala pusat beli-belah sedia ada akan terus beroperasi seperti biasa.

AEON mulakan pembangunan bagi pengembangan pusat beli-belah AEON Seremban 2: Memangkin ekonomi dan gaya hidup

AEON mulakan pembangunan bagi pengembangan pusat beli-belah AEON Seremban 2: Memangkin ekonomi dan gaya hidup
Tarian piring oleh murid SK Seremban 2A sebagai acara pembukaan majlis.

Naoya Okada berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan pengembangan perniagaan kami di Seremban, sebuah bandar yang sentiasa menunjjukkan kemajuan dan kemakmuran. Pembangunan ini bukan sekadar pengembangan fizikal bangunan pusat beli-belah kami.

Ia juga merupakan komitmen kami untuk menyediakan ruang yang lebih baik kepada komuniti di Seremban khasnya untuk membeli-belah, berinteraksi, dan meluangkan masa yang bermakna bersama keluarga. Ia juga menawarkan lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada pelanggan, di samping membantu pertumbuhan ekonomi tempatan. Kami yakin pembangunan ini dapat menyumbang kepada aktiviti ekonomi setempat, membuka lebih peluang pekerjaan dan memperkenalkan pelbagai jenama, pilihan makanan, hiburan serta kemudahan yang berorientasikan komuniti.”

Pembangunan ini merupakan sebahagian daripada strategi AEON untuk memodenkan pusat beli-belah dan perkhidmatannya. Pada tahun lepas, AEON telah mengukuhkan perniagaannya dengan pembukaan pasar raya ke-35 di Setia Alam, dan pelancaran AEON Wellness serta DAISO di Bloomsvale Shopping Gallery, Kuala Lumpur.

AEON MaxValu Desa ParkCity dan AEON Bandar Puchong turut dinaik taraf bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan penawaran produk yang lebih baik.  Pada tahun ini pula AEON telah membuka semula pusat beli-belah AEON Ipoh Station 18 dengan wajah baharu. Projek naik taraf juga sedang dilaksanakan di beberapa pusat beli-belah utama termasuk pusat beli-belah AEON Shah Alam, AEON Bukit Indah, AEON Bandaraya Melaka dan AEON Kinta City.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

AEON mulakan pembangunan bagi pengembangan pusat beli-belah AEON Seremban 2: Memangkin ekonomi dan gaya hidup
YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (tengah), Datuk Iskandar Sarudin (ke-3 dari kiri) dan Naoya Okada (ke-3 dari kanan) merasmikan majlis pecah tanah.

Leave a Reply

Previous Story

Netizens Fear Mouse Breeding may Happen After RM3 Reward Initiative 

Next Story

CIA’s Photo of Malaysian Coins found at Nathan Hale’s Statue Confusing Users 

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights