SEREMBAN – PKR tidak bercadang menggantung keahlian sembilan ahli Parlimennya yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan badan kehakiman. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan, mereka hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. “Presiden parti sudah menjelaskan isu ini bukan masalah besar. Ia cuma luahan ahli di peringkat cabang dan itu tidak boleh dinafikan,” katanya. Menurut Fuziah, teguran hanya diberikan agar kenyataan penting dibincangkan dahulu dalam parti. Beliau berkata demikian selepas Seminar Pemantapan Organisasi Parti pada Ahad yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan cabang Negeri Sembilan.
Gantung Keahlian
Table of Contents
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

