///

Ali, Muthu & Ah Hock Lancar Semula Jenama dengan Cipta Rekod di Malaysia Book of Record dan Citarasa Merdeka

2 mins read
Ali, Muthu & Ah Hock Lancar Semula Jenama dengan Cipta Rekod di Malaysia Book of Record dan Citarasa Merdeka

Kuala Lumpur, 17 Aug 2025 – Sambal pedas yang memikat selera, kopi segar yang baru diseduh dah semangat kebangsaan yang membara! Ali, Muthu & Ah Hock, yang merupakan kopitiam kegemaran ramai di Malaysia, baru sahaja mencatatkan kejayaan bermakna – memahat nama dalam Rekod Malaysia 2025 untuk kategori Nasi Lemak Paling Banyak Terjual di Malaysia.  Sebanyak 452,162 pinggan telah dijual untuk mencapai pencapaian ini.Kejayaan ini menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan di bulan Merdeka. 

Mengiringi pencapaian tersebut, kopitiam pilihan rakyat Malaysia ini membuka lembaran baharu melalui pelancaran semula jenamanya yang mengingatkan pelanggan mengapa  ia adalah kopitiam yang mempunyai daya tarikan sendiri yang ‘lain macam’ dan mengujakan. Sejajar dengan itu juga, Ali, Muthu & Ah Hock turut memperkenalkan promosi Merdeka RM6.80 bermula 31 Ogos hingga 16 September untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dengan gaya Malaysia yang sebenar. 

Ali, Muthu & Ah Hock Lancar Semula Jenama dengan Cipta Rekod di Malaysia Book of Record dan Citarasa Merdeka

Tidak mahu berhenti setakat itu sahaja, jenama kopitiam ini sedang bersedia untuk melebarkan sayap  mereka di seluruh negara. Dengan 18 cawangan di seluruh Lembah Klang dan lebih banyak lagi yang bakal dibuka, pelancaran semula ini membuktikan keberanian dan komitmen mereka untuk terus melangkah ke hadapan. Kopitiam ini juga merancang untuk berusaha lebih keras bagi menambah baik pengalaman pelanggan dan amalan kelestariannya.

Ali, Muthu & Ah Hock dimiliki dan dikendalikan oleh Nasi Lemak Gempak Sdn Bhd.

“Sambutan ini tidak hanya berakhir di sini. Kami kini juga telah menerima pengiktirafan Halal sepenuhnya! Dengan pensijilan Halal ini, kami sudah bersedia untuk menerima lebih ramai rakyat Malaysia sebagai pelanggan kami” kata T.H Law, Ketua Pegawai Eksekutif Nasi Lemak Gempak. 

“Makanan sentiasa menjadi platform untuk menyatukan rakyat Malaysia dan setiap suapan membawa kita mengingati tanah air, kebanggaan serta semangat perpaduan,” tambahnya. 

Pelancaran semula ini didatangkan bersama janji dan slogan baharu: “Rasa Kita, Bangga Kita” – The flavour we share. The pride we carry.” (Citarasa yang kita kongsi. Kebanggaan yang kita pikul). Satu sentimen yang menggambarkan semangat perpaduan negara, khususnya sempena bulan Kemerdekaan. 

Majlis Pelancaran Semula di cawangan Petaling Street hari ini disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali. Bab baharu untuk kopitiam ini menandakan perjalanan jenama, yang berakar pada warisan, kebanggaan dan rasa Malaysia yang dikongsi bersama.

“Promosi diskaun lebih daripada 50% untuk menu Merdeka adalah satu inisiatif yang wajar yang kita hargai dan alu-alukan. Ini menggambarkan usaha mereka melalui pendekatan tersendiri..

“Komitmen Ali, Muthu & Ah Hock (AMAH) wajar dicontohi oleh pemain industri lain kerana ia bukan sekadar satu promosi perniagaan mereka, tetapi juga datang dengan pendekatan untuk memperlihatkan kekuatan dan keunikan jenamanya.

“Dan bagi saya ini merupakan satu strategi yang amat baik dan kami menyeru semua pemain industri tempatan yang lain, termasuk usahawan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) untuk tampil dengan strategi bagi mempromosi kekuatan dan keunikan masing-masing,” kata beliau di sidang media pelancaran hari ini.

Slogan ini bukan sekadar tentang makanan, ia adalah penghormatan untuk rasa yang dikongsi setiap rakyat, merentasi kaum dan generasi. Dari sambal yang rasanya seperti di sediakan di 

rumah sendiri, kepada kopi yang rasanya sama seperti dihirup sejak kecil; ia adalah perisa sebuah perpaduan. 

Ia mencerminkan hidangan yang menyatukan orang ramai serta kebanggaan yang terpancar dalam setiap pinggan hidangan yang disediakan. Dalan suasana bulan Merdeka, makna ini menjadi lebih dekat di hati kerana tiada yang lebih menggambarkan Malaysia selain daripada makanannya.

Ali, Muthu & Ah Hock, yang ditubuhkan pada 2012 sentiasa mewakili sesuatu yang lebih daripada sekadar hidangan. Ia adalah tempat di mana kampung bertemu bandar, di mana setiap rasa membawa cerita, dan di mana rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang datang untuk makan, bersembang, dan saling berhubung.

Kini, kopitiam kegemaran ramai ini membawa pendekatan lebih segar untuk menawarkan perkhidmatan lebih baik dan pengalaman menjamu selera yang lebih inklusif buat semua rakyat Malaysia. 

Tetamu pada majlis pelancaran dijamu dengan persembahan gendang muhibbah dan tarian singa; meraikan kepelbagaian budaya dan nilai komuniti yang menjadi teras jenama ini. Arah baharu ini mengekalkan keaslian, keterangkuman, dan warisan, sambil mengekalkan pengalaman yang mesra, pantas dan diingati.

Rekodnya mungkin masih baharu, namun misinya kekal : menyajikan  jiwa Malaysia di setiap pinggan yang dihidangkan.

Ali, Muthu & Ah Hock sedang meneroka kerjasama dan platform digital untuk memperluas capaian serta menjamu lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Ali, Muthu & Ah Hock Lancar Semula Jenama dengan Cipta Rekod di Malaysia Book of Record dan Citarasa Merdeka

Leave a Reply

Previous Story

Difficult to cut ties with Akmal alone says DAP CEC member

Next Story

Foster Child Runs Away After Being Denied Television Time

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights