KUALA LUMPUR — Dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan menjejaskan ribuan rakyat, Maxim E-Hailing Malaysia muncul bukan sekadar platform pengangkutan, tetapi sebagai penyelamat kepada ramai rakyat yang kehilangan sumber pendapatan.
Ramai pemandu mengakui Maxim telah membuka ruang rezeki yang fleksibel dan mudah diakses, tanpa syarat rumit. Antara yang berkongsi pengalaman ialah Encik Gimme, seorang pemandu sepenuh masa yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19. Selepas menjalani pembedahan, beliau tidak lagi mampu melakukan kerja berat. “Maxim menjadi satu-satunya sumber pendapatan dan jalan untuk saya membina semula kehidupan,” katanya.
Kisah sama turut dikongsi Encik Bong, seorang pemandu yang dilahirkan pekak. Beliau sering ditolak ketika mencari pekerjaan tetap, namun peluang terbuka apabila mengenali Maxim pada 2022. “Selain pendapatan, Maxim memberikan saya maruah, kebebasan, dan kawalan ke atas masa sendiri,” jelasnya.
Penyelamat Rakyat
Bagi Encik Kelana, bekas anggota bomba yang sudah bersara, pencen yang diterima tidak mencukupi. Maxim menjadi platform yang membolehkannya menambah pendapatan tanpa tekanan fizikal. “Ia membolehkan saya menjalani usia persaraan dengan tenang, bermaruah dan penuh tujuan,” ujarnya.
Menurut tinjauan dalaman Maxim, kira-kira 20% pemandu bergantung sepenuhnya kepada platform ini sebagai sumber utama pendapatan mereka. Fleksibiliti jadual kerja membolehkan mereka menyeimbangkan kesihatan, keluarga, dan komitmen peribadi.
Selepas isu bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diselesaikan, ramai pemandu menarik nafas lega. Bagi mereka, Maxim bukan sekadar pekerjaan — ia adalah harapan dan masa depan.

